Apa ni Husam? Kot ye pun kemaruk sangat nak tunjuk yang dia buat kerja bagus, takkan sampai dia sanggup menipu kot? Agak - agak la wei!!!
Hari tu, Si Husam ni buat dakwaan kononnya lombong Emas yang dia usahakan sewaktu jadi Exco Rejim PAS Kelantan untung berbillion - billion.
Kononnya kata Husam, usaha dia dalam menjana pendapatan Negeri jauh lebih banyak dari apa yang mampu dilakukan oleh Rejim PAS hari ini.
"Alhamdulillah selepas hanya tiga bulan diluluskan lesen pertama perlombongan emas kami telah mengeluarkan emas pertama minggu lepas.Selain itu kami telah mendapat kelulusan perlombongan mengganese yang boleh digunakan untuk hub pemprosesan tambah nilai dan nilai lombong itu sahaja di anggarkan bernilai setengah billion ringgit," kata Husam kesal.
Yang sebenarnya, Si Husam ni nak tunjuk la kat orang yang dia jauh lebih mampu untuk mengurukan pentadbiran Negeri dari orang lain.
Kiranya, pengguguran dia sebagai Exco Rejim PAS Kelantan adalah satu kerugian kepada pembangunan ekonomi. Nak buat pihak Rejim rasa menyesal la tak lantik dia.
Tapi, adakah dakwaan yang dibuat oleh Si Husam tu benar? Adakah lombong Emas yang dia usahakan sebelum ini benar - benar memberi pulangan yang lumayan?
Nah!!! Baca laporan Ketua Audit Negara dibawah ni. Katanya, anak syarikat Rejim PAS Kelantan tu bukannya memberi keuntungan. Sebalikanya ianya hanya merugikan.
Menurut laporan Ketua Audit Negara, anak syarikat kerajaan Kelantan, Kelstone Sdn Bhd (KSB) yang terlibat dalam perlombongan emas mencatat kerugian terkumpul sebanyak RM2.7 juta sehingga RM1.54 juta di antara tahun 2009 dan 2011.NONE"Pendapatan utama KSB terdiri daripada hasil tribute yang diterima daripada pengusaha projek perlombongan emas alluvial dan feldspar," laporan itu dipetik.Sejak tahun 2005, KSB diberikan konsesi negeri untuk melombong emas di hampir 12 tempat di Tanah Merah dan Gua Musang.Syarikat itu mula melombong di dua atau tiga tempat sahaja di antara tahun 2011 dan 2012 tetapi gagal menemui emas dalam jumlah yang memuaskan.Laporan sama juga mempersoalkan sebab Sumber Indah Prima Sdn Bhd (SIPSB) diberikan subkontrak untuk meneroka emas di kawasan Sokor di Tanah Merah pada tahun 2008 tetapi tidak pernah langsung memulakan kerja-kerja itu.
Nampak sangat la Si Husam ni sebenarnya memang saja je nak membanggakan diri dia sendiri. Hakikatnya, dia memang tak layak nak jadi pemimpin. Jauh sekali nak jadi Exco. Maka, tindakan Rejim tak melantik semula dia tu memang tepat!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.