Dibawah SH ambik laporan yang ditulis oleh MSO. Katanya, kedudukan Ahli Parlimen Temerloh tu bakal digugat oleh salah seorang Exco Pemuda PAS Pusat.
Kedudukan Ketua Dewan Pemuda Pas Nasarudin Hassan dikatakan akan dicabar oleh salah seorang Exco Pas. Perkembangan terbaru ini menafikan desas desus sebelum ini menyebut seorang peguam muda dikatakan akan mencabar kedudukan ahli parlimen Termeloh itu.Peguam berkenaan pernah mengeluarkan kenyataan akan mencabar Nasarudin di dalam beberapa media baru.Pengumuman mengenai hal itu katakan akan dilakukan malam besok dalam satu majlis yang akan berlangsung di Kuala Lumpur.Perkembangan ini sudah tentu menjadikan muktamar Dewan Pemuda Pas kali ini menarik perhatian dan penuh dramatik. Sehubungan itu kalau kedudukan Nasarudin Hassan dicabar sudah pasti kedudukan naib ketua Nik Abduh Nik Aziz juga akan turut dicabar.Exco yang akan tampil mencabar Nasarudin juga merupakan calon dalam pilhan raya di kerusi state tetapi tewas. Alasan beliau mencabar Nasarudin ialah untuk menyelamatkan dewan pemuda Pas.
Bagi SH, ternyata MSO ni jenis yang lambat dapat berita. Dia masih lagi ingat yang Si Nasa Tantawi tu nak kekal kerusi Ketua Pemuda PAS Pusat.
Tak pe la. Mungkin dia jarang baca blog orang lain sebab dia tulis syok sendiri je kot. Jadi, biar la SH bagi penjelasan kat dia sikit.
Untuk pengetahuan MSO, Si Nasa Tantawi tu takkan mengekalkan kerusi dia sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat. Perkara tu dah tersebar sebelum ni.
Sumber dari dalam PAS sendiri menyatakan bahawa Ahli Parlimen Temerloh tu nak pergi ke peringkat lebih tinggi. Katanya dia nak bertanding Naib Presiden. (Klik Kat Sini).
Cuma persoalannya sekarang ialah, siapa dia Exco yang akan bertanding bagi merebut kerusi Ketua Dewan Pemuda PAS tu sebenarnya?
Kata MSO, calon tersebut nak bertanding sebab nak menyelamatkan Dewan Pemuda PAS Pusat. Eh, Dewan Pemuda PAS Pusat ni ada masalah ke?
Apa pasal pulak calon Ketua Pemuda PAS tu kata dia nak selamatkan Pemuda PAS jika Pemuda PAS tak de masalah? Dah tentu ada benda yang tak kena ye tak.
Kebarangkaliannya, dah tentu calon Ketua Pemuda PAS tu anggap Si Nasa Tantawi ni tak buat kerja. Maka sebab itu dia nak langgar Si Nasa ni.
Bagi SH, kenyataan yang disampaikan oleh MSO tu satu kenyataan yang amat merbahaya dan ianya menjejaskan imej Ahli Parlimen Temerloh tu sendiri.
Sebab, sekiranya Si Nasa Tantawi tu menjadi punca Dewan Pemuda PAS Pusat tak selamat, macam mana pulak dia nak jaga kawasan dia di Temerloh?
Itu persoalan yang menjadi tanda tanya. Kalau dah kepimpinan Pemuda PAS sendiri pun dia tak mampu nak jaga, macam mana pulak dia nak jaga rakyat yang tak de kaitan dengan dia? Alamat hancur la jawabnya!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.