Rabu, Oktober 02, 2013


Semalam SH dedahkan satu artikel yang diambil dari laman portal Free Malaysia Today. Ianya mengenai kisah Si Azmin Ali tu dah mula bergerak. (Klik Sini)

Dari desas desus yang kita dengar sebelum ini, katanya Si Azmin tu memang ada niat nak merebut jawatan sebagai Presiden PKR. (Klik Sini)

Dalam masa yang sama, kita pun sedia maklum bahawa nama Si Nurul Izzah pun turut kedengaran nak mengisi kekosongan tersebut pada pemilihan akan datang.

Dibawah merupakan respon segera Si Nurul Izzah mengenai khabar angin yang diterima bila orang mula bercerita pasal Si Azmin GILA nak jadi Presiden ni.
"Itu haknya untuk bertanding selepas tempoh yang disandang pengerusi sekarang tamat," kata Nurul Izzah ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Parlimen Lembah Pantai sambil menjelaskan ibunya memegang jawatan itu selama tiga penggal.

"PKR adalah parti yang mengamalkan demokrasi maka sesiapa sahaja berhak untuk bertanding. Seseorang pemimpin itu dinilai dari segi karakter dan pencapaiannya maka biar ahli yang memutuskannya," katanya.
Persoalannya, adakah benar Si Nurul Izzah tu akan merelakan Si Azmin ni rampas parti yang selama ini memperjuangkan nasib Papa dia?

Adakah kenyataan dia kat atas tu adalah sama seperti mana yang dia buat selama hari ini? Nah! Mari kita tengok balik apa yang Si Nurul Izzah tu dah pernah buat dulu.

Dari apa yang dilaporkan oleh mereka yang berada dalam PKR sendiri, Si Nurul Izzah tu nampak macam terdesak untuk mendapat undi dari kalangan ahli.

Sampai tahap dia sanggup upah gengster dan mengubah keputusan pemilihan yang diadakan bagi menghalang kemenangan Azmin sebagai Timbalan Presiden.

Malah, tak cukup dengan itu. Bagi memastikan dia menang jawatan Naib Presiden, Si Nurul Izzah ni siap pakai kuncu - kuncu untuk isi borang sebanyak mungkin.


Nah!!! Adakah ahli yang memutuskan kemenangan Si Nurul Izzah tu sebelum ini atau hanya dua tiga kerat je yang tolong pangkah untuk dia?

Persoalannya, layak ke orang macam Si Nurul Izzah ni nak jadi pemimpin? SH hanya sekadar mampu meminjam kata - kata dia sendiri je, "Seorang Pemimpin tu dinilai dari segi karakter dan pencapaiannya..." Jadi, korang fikir la sendiri!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping