DAP dicabar untuk menyaman Pertubuhan Pendaftar (ROS) sekiranya parti itu benar-benar mengikut undang-undang semasa mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) akhir bulan lalu.
Senator Datuk S Nallakaruppan berkata DAP seharusnya lebih arif sama ada pemilihan semula itu dibuat mengikut perlembagaan parti atau tidak.
"Dia orang sepatutnya kena ikut undang-undang, apa undang-undang tetapkan, mereka ikut sudah tentu tak ada masalah.
"Kalau tak ikut undang-undang, ROS mesti campur tangan, kalau betul dia ikut undang-undang, pergilah saman ROS," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen pada sidang Dewan Negara hari ini.
Sebelum ini Naib Pengerusi DAP cawangan Ladang Paroi, Seremban, David Dass mendakwa parti itu tidak boleh mengadakan pemilihan semula CEC pada Kongres Khas sebaliknya hanya boleh berbuat demikian dalam Kongres Kebangsaan.
Bukan itu sahaja DAP sepatutnya menghantar notis 10 minggu lebih awal untuk mengadakan pemilihan, kata David.
Justeru David berkata DAP telah melanggar perlembagaan parti dan pemilihan semula CEC itu tidak sah.
Pada 29 September lalu, DAP tanpa mengendahkan arahan ROS untuk mengemukakan notis 10 minggu itu, mengadakan pemilihan semula CEC yang menyaksikan sokongan kepada Setiausaha Agung parti itu, Lim Guan Eng dan bapanya, Lim Kit Siang merosot.
Semasa merasmikan pemilihan itu, Pengerusi DAP, Karpal Singh mengugut untuk menyaman ROS jika badan itu tidak mengiktiraf keputusan terbaru itu.
“ROS jangan ambil mudah kesabaran kami. Jangan fikir kami lemah. Jangan main-main dengan kuasa roket,” kata Karpal.
Dalam pada itu, Senator Khairiah Mohamed pula berpendapat bahwa ROS perlu lebih telus dan mengelakkan 'double standard' untuk berurusan dengan mana-mana pihak.
"Cumanya ROS perlu lebih telus dan sebeloh-boleh nya jangan 'double standard' lah, setengan pihak dilepaskan, tetapi setengah pihak disekat dengan setegasnya," katanya yang juga merupakan Timbalan Pengerusi Tetap Dewan Muslimat PAS Kelantan itu.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.