Kemungkinan ayat itu kelihatan sangat cliche' bagi sesetengah pihak. Mungkin juga ada yang akan membuat tanggapan bahawa ianya hanya Retorik.
Semua itu kemungkinan hanya pandangan dan persepsi orang terhadap kenyataan yang dibuat oleh Datuk Seri Hishamuddin dalam video dibawah ni.
Tapi, pandangan dan persepsi itu bergantung kepada sejauh mana kita sendiri menilai keikhlasan dalam kenyataan yang diberikan.
Bukan niat SH nak membanding - bandingkan orang. Tetapi ini pandangan jujur yang SH luahkan kepada sesiapa sahaja yang SH jumpa diluar dunia maya.
Jika kita beranggapan bahawa apa yang dinyatakan oleh Hisham ini cliche', ianya tidak ada beza dengan kenyataan yang pernah dibuat oleh Mukhriz.
Sebelum ini pun, Mukriz ada keluarkan ayat cliche' sewaktu dia berjumpa dengan perwakilan. Dia kata, jangan undi dia kalau kerana nama Tun.
Maknanya, Mukhriz nak orang mengundi dia sebagai dia, bukan sebagai anak kepada Tun Mahathir. Maka, begitu juga dengan Hisham.
Kalau orang rasa dia layak untuk jadi pemimpin dan terus kekal sebagai Naib Presiden, maka bagi la undi kepada dia. Kalau tidak terpulang la kepada perwakilan. Pilihan ditangan masing - masing. Jadi, buat la pilihan yang tepat!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.