Khamis, Oktober 17, 2013


Mahkamah Rayuan memperjelaskan mengapa peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah boleh mengetuai pendakwaan dalam rayuan berhubung pembebasan Anwar Ibrahim daripada pertuduhan liwat.

Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Rohana Yusuf, dalam penghakiman 19 muka surat yang dikelu

"Undang-Undang Malaysia adalah kekal dalam jangka hayat. Ia terus berkuat kuasa sehingga ia sama ada dimansuh atau tamat tempoh. 

"Bagi menghentikan pemakaian sesuatu undang-undang, ia perlu dimansuh secara spesifik oleh Parliamen. Ia tidak boleh dianggap mansuh hanya kerana aliran masa atau tidak lagi digunakan secara aktif," katanya.

Peguam utama Anwar, Karpal Singh berhujah bahawa pelantikan Muhammad Shafee terbatal kerana Seksyen 379 iaitu satu daripada peruntukan undang-undang yang diguna pakai untuk melantik beliau tidak lagi terpakai kerana sudah lama tidak digunakan, justeru, ia perlu diisytihar sebagai lapuk di bawah doktrin desuetude.

Rohana berkata tidak ada pengiktirafan terhadap prinsip di masa satu statut mungkin kehilangan kuasanya semata-mata menerusi keingkaran dan ketiadaan penguatkuasaan dalam tempoh masa yang lama tanpa dimansuhkan atau luput secara nyata atau tersirat.

Beliau juga berkata mahkamah tidak bersetuju dengan pendekatan Karpal Singh yang berhujah bahawa seseorang peguam bela tidak lagi boleh tampil bagi pihak pendakwa raya dalam kes rayuan jenayah berikutan pindaan terhadap Seksyen 378 Kanun Tatacara Jenayah.

Pendakwaan mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas serta membebaskan Anwar, 64, daripada pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, di sebuah unit Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Rohana, dalam penghakimannya berkata Muhammad Shafee juga bukanlah seorang saksi penting bagi pendakwaan dan pembelaan dalam perbicaraan kes liwat kedua Anwar.

Beliau berkata hakikat bahawa perbicaraan kes itu sudah tamat dan pembelaan serta pendakwaan tidak memanggil Muhammad Shafee sebagai saksi, akan melupuskan
anggapan bahawa peguam itu adalah seorang saksi penting.

"Dalam hujah lisan beliau, peguam Karpal Singh mencadangkan bahawa keterangan Muhammad Shafee adalah relevan kepada pembelaan konspirasi yang dikemukakan Anwar.

"Jika beliau (Muhammad Shafee) adalah saksi penting kepada pembelaan, adalah ganjil perbicaran kes itu berlangsung tanpa keterangannya," katanya.

Ps: Biasa la. Itu la perangai hodoh puak - puak Pakatan Haramjadah ni. Kalau kena pada orang lain, diorang tak bising. 

Tapi bila kena batang hidung sendiri, macam - macam alasan yang diorang keluarkan!!! Baru itu la diorang nak kata undang - undang Malaysia ni dah lapuk.

Kenapa masa Si Ketua Penipu tu dibebaskan dulu, diorang tak anggap keputusan mahkamah tu sebagai satu keputusan yang lapuk? Kot kalau itu pun diorang tak mampu nak jelaskan, tak payah cakap banyak la!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping