Kalau artis mengedik tak tentu arah, ramai orang marah. Ramai orang akan buat kecaman yang bukan - bukan. Tapi kalau puak - puak Parti Angguk Saja ni?
Cerita dah agak basi dah sebenarnya. Baru hari ini Dewan Muslimat PAS tu nak tampil dan buat desakan supaya Si Karpal Whilchar tu mintak maaf? Dah terlewat!!!
Bila disaat - saat begini baru diorang nak muncul dan buat kenyataan sedemikian, nampak sangat la ada agenda yang tersembunyi. Macam - macam spekulasi orang buat.
Hakikatnya, Dewan Muslimat PAS tu hanya sekadar nak tunjuk yang diorang juga mampu bersuara dan membantah cadangan yang dikeluarkan oleh Si Karpal Whilchar tu hari ini.
Nak pulak bila tarikh Muktamar PAS tu dah semakin hampir. Jadi terpaksa la diorang tunjuk kebolehan diorang. Takut nanti jadi bahan pertikaian dalam Muktamar pulak.
Itu je yang sebenarnya diorang nak tunjukkan. Bukannya diorang benar - benar ikhlas membantah kenyataan dan cadangan yang dibuat oleh Si Karpal Whilchar tu. Jauh sekali kalau diorang nak menegakkan Islam!!!
"'Dewan Muslimat mendesak agar Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat segera bersidang bagi menangani masalah ini sebelum tindakan lebih tegas diambil oleh pihak Dewan Muslimat bersama Dewan Pemuda," kata kenyataan itu lagi.Malah dalam kenyataannya juga, Dewan Muslimat PAS kesal dengan pendirian dan pembohongan yang dilakukan oleh Karpal serta menganggap ia melunturkan kredibiliti beliau di mata rakyat Malaysia khususnya umat Islam yang menyokong PAS."Dewan Muslimat menganggap ia adalah satu pelanggaran sikap pakatan yang sangat serius dan tidak selari dengan semangat saling menghormati dalam Pakatan Rakyat."Bahkan ia tidak sesuai ditonjolkan oleh mana-mana pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat yang sepatutnya sudah jauh lebih matang dalam memahami hasrat keseluruhan rakyat," kata kenyataan itu lagi.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.