Isnin, November 18, 2013


Ketika menjayakan satu sesi fotografi di satu butik terkenal baru-baru ini, Sha dan rakan media terserempak dengan Rozita Che Wan dan bakal suaminya, Zain Saidin.

Bukan main lawa lagi Che Ta dengan solekan mapan dan hiasan indah di rambutnya. Makin dekat tarikh perkahwinannya, makin meletup Che Ta. Barangkali ini yang dikatakan seri pengantin. 

Alang-alang Che Ta depan mata, apa lagi, terus bertanya mengenai hari bahagianya yang akan berlangsung tidak lama lagi. Bagaimanapun, pelakon terkenal ini bijak mengelak dengan membalas setiap pertanyaan dengan usikan. 

Katanya, kalau mahu tahu lebih lanjut mengenai persiapan hari bahagianya, kena datang ke majlis sidang akhbar yang akan berlangsung pada 25 November ini. Berahsia sungguh dia.

Apapun, dia ke butik itu untuk menempah persalinan malam berinai. Sebelum ke butik, dia bertemu seorang lagi pereka fesyen terkenal untuk menempah satu lagi baju. Hasil risikan, Che Ta khabarnya menggunakan khidmat lima pereka fesyen untuk hari gemilangnya.

Kelas kan! Bukan itu saja, khabarnya barang hantaran dibeli di London, malah ada yang ditempah khas. Kalau dah namanya tempah khas, pasti harganya juga boombastik. Pendek kata, semuanya mahal-mahal belaka dan indah dipandang. 

Menerusi hasil risikan lagi, Sha dapat tahu Che Ta pergi ke tiga lokasi terkenal dunia untuk rakaman video dan gambar praperkahwinan. Destinasi itu adalah London, Paris dan yang terbaru, Bali. Ketika artikel ini ditulis, dia berada di Bali. 

Itu baru praperkahwinan, tak dapat Sha bayangkan betapa kelas majlis perkahwinan Che Ta nanti. Kalau nak diikutkan maklumat yang dikumpul, memang majlis perkahwinan Che Ta paling berprestij dan mahal di kalangan artis tempatan. Banyak dia dan Zain berhabis untuk hari bahagia mereka nanti. 

Dengarnya, Che Ta sanggup terbang ke London semata-mata untuk satu beg yang ditempah, kemudian pulang semula sedangkan dia baru saja balik dari London.
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping