Huish!!! Kenapa bengis sangat muka Bang Nun pepagi buta ni? Jangan la marah tak tentu pasal Bang Nun oi. Kot ye pun senyum la sikit.
Mungkin bangkit pepagi ni Bang Nun nak marah kat Si Karpal Whilchar tu kot sebab GAGAL melaksanakan tugas dia dengan baik. Tu pasal la Bang Nun marah.
Takkan la Bang Nun baca cerita kat bawah ni pun sampai muka Bang Nun pun jadi Buruk macam Kera? Rileks la Brader!!! Rugi je cucuk Botox mahal - mahal tapi muka tetap jugak macam Tapir!!! Hahaha!!!!
PUTRAJAYA - Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memberitahu Mahkamah Persekutuan hari ini bahawa pelantikannya oleh Peguam Negara untuk mengetuai pihak pendakwa raya dalam rayuan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah sah dan betul.Beliau menggesa mahkamah tertinggi itu mengesahkan keputusan Mahkamah Rayuan (COA) yang menolak permohonan Anwar untuk melucutkan kelayakannya daripada mewakili dalam kes itu.Muhammad Shafee, dalam hujahannya di hadapan panel lima hakim Mahkamah Persekutuan berkata satu kenyataan direkodkan daripadanya mengikut Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah semasa penyiasatan kes itu, namun beliau tidak dipanggil oleh pihak pendakwaan mahupun pihak pembelaan untuk menjadi saksi.Peguam kanan itu seterusnya berhujah ia hanya berupa dakwaan atau andaian di pihak perayu dan peguam belanya Karpal Singh yang berhujah bahawa beliau hadir pada masa yang sama dengan pengadu utama Mohd Saiful Bukhari Azlan di kediaman Datuk Seri Najib Tun Razak yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri."Isu tanggapan awam mengenai kehadiran saya di sana dan 112 kenyataan seperti dihujahkan peguam bela, tidak ada kaitan dengan kes ini."."Mana bukti yang saya adalah saksi utama dalam kes ini? Ia hanya andaian, lagipun saya hanya hadir di satu sudut rumah tanpa mengetahui apa yang berlaku di sudut lain rumah itu," hujah Muhammad Shafee.Beliau memberitahu panel hakim diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Shariff bahawa pelantikannya oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail adalah betul dan sah dan dilakukan mengikut Seksyen 376(3) dan 379 Kanun Peosedur Jenayah.Empat lagi hakim yang bersidang ialah Tan Sri Abdul Hamid Embong, Tan Sri Ahmad Maarop, Datuk Seri Abu Samah Nordin dan Datuk Hasan Lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.