Khamis, November 14, 2013



Kes permohonan Anwar Ibrahim untuk memadamkan satu perenggan dalam penghakiman Mahkamah Persekutuan dalam kes liwat pertama yang dihadapinya yang menyatakan beliau mempunyai kecenderungan homoseksual, ditangguhkan kepada 2 Disember ini.

Sebelum prosiding bermula hari ini, peguam Anwar, Datuk Sulaiman Abdullah dan Peguam Kanan Persekutuan, Manoj Kurup telah menemui Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan Khainur Aleeza Ismail.

Sebelum kes itu dipanggil di hadapan panel lima anggota hakim Mahkamah Persekutuan, ketua panel berkenaan Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin memaklumkan bahawa kes itu telah ditangguh sehingga tarikh berkenaan.

Hakim lain dalam panel tersebut terdiri daripada hakim Mahkamah Persekutuan Datin Paduka Zaleha Zahari, Datuk Zainun Ali, Datuk Seri Mohamed Apandi Ali dan Datuk Ramly Ali.

Manoj berkata Anwar membantah kehadiran Mohamed Apandi dalam panel tersebut dan sekiranya prosiding diteruskan, beliau (Manoj) akan membantah permohonan untuk melucutkan kelayakan hakim tersebut.

Sementara itu, Sulaiman enggan mendedahkan sebab penangguhan itu dan berkata perkara itu dilakukan dalam kamar.

Anwar, 64, telah memfailkan permohonan itu pada Mei tahun ini, sembilan tahun selepas beliau dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Persekutuan atas dakwaan meliwat pemandu keluarganya Azizan Abu Bakar.

Anwar dibebaskan oleh Mahkamah Persekutuan pada 2 September 2004, dalam keputusan majoriti 2-1, daripada pertuduhan meliwat Azizan.

Mahkamah Persekutuan telah membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang menjatuhkan hukuman penjara sembilan tahun ke atas Anwar.

Panel Mahkamah Persekutuan yang sama turut membatalkan sabitan dan hukuman penjara enam tahun ke atas adik angkat Anwar, Sukma Darmawan Sasmitaat Madja yang dibicarakan bersama-sama Anwar atas dakwaan meliwat Azizan di Tivoli Villa di Kuala Lumpur pada 1994.

Hakim Mahkamah Persekutuan ketika itu Tun Abdul Hamid Mohamad, yang kemudiannya menjadi Ketua Hakim Negara, menulis majoriti penghakiman itu.

Dalam penghakiman itu, beliau (Abdul Hamid) berkata: "Kami mendapati wujud keterangan yang mengesahkan perayu (Anwar dan Sukma Darmawan) terlibat dalam aktiviti homoseksual dan kami cenderung untuk percaya bahawa insiden yang didakwa berlaku di Tivoli Villa itu benar-benar berlaku, kadang kala ....". 
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping