Pergh!!! Kembang je hidung Si Nurul Izzah tu bila ada orang yang puji kelantangan suara dia dalam sidang Parlimen. Maklum la, orang pandai bercakap.
Memang patut sangat la Si Nurul Izzah tu dipuji sebab mulut dia memang lantang. Sebab dengan kelantangan mulut dia tu la dia kena saman baru - baru ni. (KLIK SINI)
Jika kita baca kenyataan dari Profesor Agus dibawah ni, memang nampak sangat dia memuji sikap dan kepetahan Si Nurul Izzah tu dalam memberi hujah di Parlimen.
Dalam masa yang sama, Profesor Agus tu cuba menyindir pemimpin muda PAS seperti Ahli Parlimen Temerloh serta Ahli Parlimen Pasir Mas kerana lebih banyak berdiam diri.
Tapi hakikatnya macam yang SH katakan tadi. Kelantangan Ahli Parlimen macam Si Nurul Izzah tu hanya kata - kata kosong yang penuh dengan dakwaan yang tidak berasas.
Dia hanya sekadar pandai bercakap tanpa berdasarkan asas serta bukti yang kukuh. Suruh orang bercakap macam tu semua orang pun boleh. Waima budak sekolah rendah pun pandai. Jadi, jangan la Si Nurul Izzah tu nak rasa bangga diri pulak!!!
“Dari barisan pembangkang saya melihat yang aktif di parlimen adalah dari DAP dan juga PKR, itupun beberapa sahaja yang betul-betul aktif.“Dari PAS, saya melihat ahli parlimen mudanya sepi,” kata penganalisis politik, Profesor Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff dari Universiti Kebangsaan Malaysia dalam laman Facebooknya.“Bagaimana ahli parlimen muda DAP ini boleh aktif? Siapa yang membekalkan mereka maklumat untuk terlibat dalam debat di parlimen atau apakah itu adalah hasil usaha sendiri?” Agus berkata.Beliau berharap agar pemimpin pemuda dalam PAS seperti Suhaizan Kaiyat, Zulhazmi Shariff dan Kamarulzaman Mohamed yang memenangi jawatan Ketua Pemuda PAS Pusat dalam pemilihan pada bulan ini akan dapat diketengahkan sebagai ahli parlimen kelak.“Jika PAS dapat meletakkan pemimpin mudanya yang agresif sesuai dengan trend politik hari ini, maka persaingan sengit antara UMNO-PAS akan berlaku,” katanya.Antara ahli parlimen PAS muda sekarang ialah Ahli Parlimen Sepang Hanipa Maidin, Ahli Parlimen Pasir Mas Nik Abduh Nik Aziz. Mereka merupakan sebahagian daripada 21 ahli parlimen PAS.Jika dibandingkan dengan PKR, Agus menyatakan bahawa ahli parlimen muda parti tersebut juga kurang menyerlah selain daripada ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar yang juga ialah naib presiden parti.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.