Ahad, November 10, 2013


Dengan adanya kenyataan dibawah, maka memang sah la dalam PAS tu ada yang turut membawa perjuangan Liberalist. 

Maka, tak salah jika dikatakan bahawa orang macam Datuk Abu Bakar Chik ni bakal menjadi korban dalam pemilihan PAS akan datang. 

Dah la dia nak hapuskan pejuang Liberalist dalam PAS. Dia bawak pulak agenda Transformasi!!! Memang saja cari maut la nampak gayanya!!!

Datuk Abu Bakar Chik yang bertanding jawatan Naib Presiden PAS pada Muktamar parti minggu depan menegaskan mahu mengembalikan PAS pada perjuangan asalnya dengan menolak fahaman liberalisasi.

Abu Bakar berkata PAS perlu diperkasakan semula memandangkan PAS dilihat terus mendapat perhatian pengundi baru yang mahu menyertai parti itu.

“PAS sebagai sebuah parti politik, PAS seharusnya dipimpin secara konsisten dan tidak dipengaruhi dengan perkara-perkara yang boleh meliberalkan PAS. Hala tuju PAS tidak boleh diliberalisasikan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada satu sidang media khasnya di Ibu Pejabat PAS Pusat ketika mengumumkan peranan yang mahu dibawanya jika berjaya menerajui parti itu sebagai Naib Presiden PAS bagi sesi 2013-2015.

Justeru katanya, beliau mahu PAS berhenti membawa satu persepsi kepada orang ramai yang parti itu bercelaru sehinggakan mendatangkan banyak kesan kepada ahli parti sendiri.

“PAS tidak boleh membawa elemen mengelirukan orang sehingga PAS ini dilihat hilang hala tujunya sehinggakan ada di dalam PAS berfikir begini…begini…begini…

“Jadi PAS itu harus diperkasakan kepimpinannya dan kebulatan fikrah dan pemikiran kepimpinan,” katanya.

Selepas 15 tahun tidak bertanding, akhirnya beliau tampil semula bagi merebut jawatan itu dan mentransformasikan PAS supaya dapat menyekat fahaman liberal dari terus menular bukan sahaja dalam kalangan ahlinya sendiri tetapi pada rakyat juga.

“Saya melihat PAS sebagai sebuah pergerakan Islam dan parti politik yang makin hari makin mendapat sambutan, dan kerana itu PAS perlu melonjak sebenarnya untuk perlu diperkasakan dalam beberapa perkara sekiranya dilihat ada kekurangan dalamnya.

“Saya memikirkan ada wajarnya saya masuk semula ke dalam persaingan dan dalam Dewan Harian itu,” katanya. Beliau juga akur dengan pertandingan lima penjuru bagi merebut jawatan berkenanan.

Pencabar Abu Bakar adalah Datuk Husam Musa, Datuk Mahfuz Omar, Datuk Salahuddin Ayub dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man masing-masing mempunyai kehebatannya yang tersendiri.

“Saya sudah memikirkan persaingan saya dan saya menyerahkan kepada ahli-ahli dengan apa yang saya mahu bawakan tadi di dalam PAS,” katanya
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping