Rabu, November 13, 2013


Pemimpin-pemimpin DAP tidak berani menegur kesilapan yang dilakukan oleh Setiausaha Agung parti, Lim Guan Eng kerana bimbang mereka akan 'dipancung'.

Bekas Pengerusi DAP Cawangan Sungai Pelek, Tan Tuan Tat berkata, sesiapa sahaja yang mempunyai pandangan berbeza dengan pucuk pimpinan parti terpaksa berdepan dengan risiko dipecat.

Menurut beliau, risiko itu lebih tinggi sekiranya pandangan berbeza itu disuarakan oleh pemimpin atau ahli yang berada di luar kem Guan Eng.

"Jika ada ahli-ahli yang berani menegur, mereka pasti akan dipancung dalam gerakan ala 'Op Cantas' yang dilancarkan pucuk pimpinan DAP.

"Nampaknya DAP lebih suka kepada individu yang hanya tahu menjadi 'pak turut' sahaja," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ketua DAP Cawangan Bagan Luar, G. Asoghan yang meminta Pengerusi DAP di setiap negeri agar lebih berani 'menegur' Guan Eng demi hak mereka dan kelangsungan parti berkenaan.

Tuan Tat turut membidas sikap hipokrit pemimpin-pemimpin DAP yang lantang mempertikaikan dasar-dasar kerajaan Barisan Nasional (BN) tetapi berdiam diri terhadap masalah yang melanda parti sendiri.

"Sebagai contoh, mereka asyik mengkritik pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) oleh kerajaan sedangkan langkah itu memberi kesan positif terhadap kemajuan negara.

"Namun, pada masa sama, mereka tidak berani mengkritik pucuk pimpinan DAP yang banyak masalah. Sepatutnya, uruskan parti sendiri dahulu sebelum kritik pihak lain," ujarnya.

Sehubungan itu, Tuan Tat meminta penyokong-penyokong DAP, khususnya kaum Cina agar membuka mata mereka dan jangan mengikut telunjuk pemimpin-pemimpin parti tersebut secara membuta tuli.
Categories: ,

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping