Rabu, November 13, 2013



Saman fitnah yang difailkan anak perempuan Pengerusi Petronas Tan Sri Mohd Sidek Hassan dan suaminya terhadap Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua berhubung kenyataan berkaitan sistem permohonan dan kelulusan Feed-in Tariff (FiT) diselesaikan di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini.

Pada Oktober tahun lepas, Todd Michael Morath, 45, dan isteri, Suzi Suliana, 35, memfailkan saman itu terhadap Pua Kiam Wee atau dikenali sebagai Tony Pua, berhubung kenyataan media yang disiarkan di laman web DAP beberapa kali pada Julai tahun lepas.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Hue Siew Kheng merekodkan penyelesaian itu selepas kedua-dua pihak mencapai kata sepakat menyelesaikan perkara itu.

Pua dalam kenyataan penjelasan yang dibacakan di mahkamah terbuka berkata beliau tidak bermaksud untuk memperkecil keperibadian atau mendakwa sebarang salah laku oleh Suzi Suliana dan suaminya dan/atau bekas Ketua Setiausaha Negara Mohd Sidek.

Katanya beliau mahu menegaskan semula bahawa kenyataannya pada bila-bila masa merujuk kepada Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) mengenai isu berkaitan proses permohonan dan kelulusan FiT yang beliau percaya dibuat demi kepentingan awam selaku kapasitinya sebagai anggota Parlimen.

"Bagi mengelakkan keraguan, saya menarik balik semua sindiran secara tidak wajar, perbuatan khianat dan/atau pilih kasih terhadap Suzi Suliana, Todd dan Mohd Sidek yang mungkin telah dicadangkan di dalam kenyataan saya," katanya. 

Pua berkata sebagai menghargai perkara itu, beliau akan menjelaskan semua kenyataannya seperti yang disiarkan di Internet dengan rujukan kenyataan penjelasan yang akan dilampirkan sebagai nota yang sama.

Katanya beliau akan mengeluarkan semua komen yang dibuat oleh pengunjung di blognya berkaitan pasangan itu dan Mohd Sidek, berhubung kenyataannya.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping