Tahniah dengan kemenangan yang berjaya dikecapi oleh Si Mat Syabun tu seterusnya mengekalkan jawatannya sebagai Timbalan Presiden PAS buat sekian kalinya.
Kemenangan Si Mat Syabun tu membuktikan bahawa dia memang diiktiraf sebagai seorang Ulama oleh semua perwakilan yang hadir. Ulama apa, tak pasti la pulak.
Sebelum ini, Si Nik Aziz tu pernah menegaskan bahawa kepimpinan utama PAS perlu terdiri daripada kalangan mereka yang digelarkan sebagai Ulama.
Nik Aziz menegaskan perkara tersebut merangkumi jawatan tertinggi parti termasuk Presiden dan Timbalan Presiden. Maka memang sah la Si Mat Syabun tu Ulama.
Macam yang SH katakan tadi, Mat Syabun ni jenis Ulama apa tak tau la. Selama hari ini, tak pernah pun dengar Si Mat Syabun tu bagi tazkirah pasal ilmu agama Islam.
Yang biasa kita dengar, Si Mat Syabun tu sekadar mampu memaki hamun dan mencaci cerca orang kat atas pentas. Kot itu pun dianggap sebagai ilmu dikalangan ahli PAS, tak pasti la pulak.
Waima dalam ceramah yang dia sendiri buat dan hadir, tak pernah pun kita dengar walau sebaris ayat Al-Qur'an yang diucapkan oleh Si Mat Syabun ni. Kalau tafsir, lagi la tak pernah.
Maka, boleh la kita katakan yang Si Mat Syabun ni dari jenis Ulama yang ikut sedap Kepala Lutut dia je. Ilmu dia merangkumi aspek memaki hamun dan mencipta fitnah terhadap orang lain.
Jesteru itu, langkah pertama dalam 'dakwah' yang hendak disampaikan oleh Si Mat Syabun ni ialah dengan menganjurkan siri Demonstrasi Jalanan secara besar - besaran.
Mungkin dengan buat demo macam tu, Si Mat Syabun tu anggap ianya mampu memberi pahala lebih kepada mereka yang menyertainya. Itu pun Mat Syabun kira 'Tarbiyah' jugak tu.
Maklum la. Dengar konsert Heavy Metal pun puak - puak Parti Angguk Saja tu anggap boleh dapat pahala. Inikan pulak nak buat demonstrasi jalanan yang jelas hanya mengabihkan masa tak tenru arah. Mungkin lebih banyak pahala yang Si Mat Syabun ni akan janjikan!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.