Jumaat, November 22, 2013


Apa lagi yang nak dijelaskan bila kita baca kenyataan yang dibuat oleh Dewan Ulama PAS ni? Memang itulah yang telah dibangkitkan sekian lama.

Jadi, buat Si Mat Syabun tu, sendiri faham la ye. Takkan la orang nak jelaskan pada dia satu persatu pulak kan? Takkan la benda semudah itu pun dia tak faham?

Biar pun Si Nik Aziz sebelum ini kata bahawa semua ahli PAS adalah Ulama, kita sendiri tau yang dalam PAS ni ada dua kem yang berbeza. Itu adalah Kebenarannya.

Dan kem tersebut membahagikan PAS kepada kumpulan Ulama dan Profesional dimana latar belakang pendidikan serta cara pembawakan diambil kira.

Maka, alasan yang Si Nik Aziz berikan sebelum ini hanya satu alasan untuk menjaga Kemaluan PAS yang dah terdedah buat sekian lamanya. Tak payah nak berselindung la.

Kata la apa pun, Kebenaran itu tidak dapat dinafikan. Ianya dah lama wujud dalam PAS. Tak perlu la Si Nik Aziz tu nak buat sesak bagi alasan yang bukan - bukan.

Sekarang, persoalan yang perlu dijelaskan kepada ahli serta rakyat diluar sana adalah sejauh mana Si Mat Syabun tu LAYAK untuk digelarkan sebagai Ulama?

Dia belajar apa sampai dia boleh digelarkan sebagai Ulama? Nak kata dia ada bagi tazkirah pasal ilmu - ilmu agama, tak de jugak. Setakat maki hamun orang ada la.

Kalau itu pun mereka masih mahu menganggap dia sebagai Ulama, malang la bagi golongan - golongan Ulama lain yang terkenal dengan ilmu - ilmu mereka yang tinggi.

Mana tidaknya. Susah payah diorang mencari ilmu dan mengajar orang pasal agama, tapi datang orang macam Si Mat Syabun tu je dah mampu memalukan diorang. Tak payah belajar ilmu agama tinggi, cukup maki hamun orang pun boleh dianggap Ulama!!!
SHAH ALAM: Dewan Ulama PAS Pusat menerima usul tanpa bahas yang mendesak PAS Pusat memasukkan fasal memperuntukkan jawatan presiden, timbalan dan sekurang-kurang seorang naib presiden terdiri daripada ulama.

Berdasarkan usul yang diedarkan kepada perwakilan, usul kawasan itu sudah dibawa dan diluluskan dalam Muktamar Dewan Ulama PAS Terengganu.

Menurut usul berkenaan, menyedari kepimpinanan ulama menjadi tonggak kepada PAS yang digagaskan oleh Dewan Pemuda PAS pada 1982, maka menjadi tanggungjawab kepada parti untuk mempastikan kelangsungan kepimpinan ulama supaya difahami dan dihayati oleh seluruh ahli PAS.

"Supaya tidak timbul kecelaruan dalam pemikiran kita berhubung dengan kepimpinan di peringkat tinggi iaitu presiden, timbalan presiden dan naib presiden, maka Dewan Ulama PAS Terengganu yang bersidang mendesak PAS Pusat memasukkan satu fasal yang memperuntukkan presiden, timbalan presiden dan sekurang-kurangnya seorang naib presiden terdiri daripada ulama," usul itu dipetik.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping