"Bagai Langit Dengan Bumi!!!" Itu perumpamaan yang dapat digambarkan apabila kita berbicara mengenai dua orang artis ni berkaitan dengan soal 'Hijrah' mereka.
Yang sorang tu kita sendiri pun dah tau. Hijrah dia setakat pakai tudung dan naik pentas ceramah Politik dengan memaki hamun orang tak tentu arah.
Tapi, dalam masa yang sama, dia jugak yang sibuk mendabik dada kata dia jauh lebih Islam dari orang lain hanya sebab dia masuk PAS. Orang lain ni tak setaraf dengan dia.
Maka sebab itulah dia anggap diri dia lebih maksum dari orang lain. Berbeza dengan Mizz Nina yang berhijrah tapi masih lagi merendah diri bila berjumpa dengan orang.
Tak de pulak Mizz Nina tu nak berlagak tak tentu arah dan memperlekehkan orang sesuka hati dia dengan dakwaan yang bukan - bukan. Kan nampak sangat bezanya hijrah diorang.
Tapi, apa nak heran ye tak. Mizz Nina tu berhijrah atas dasar dia sendiri yang nak berubah. Yang Si Ostazah Pening tu pulak berhijrah semata - mata sebab Politik dan dahagakan perhatian!!! Tu pasal la dia makin hari makin sesat!!!
Bertemu Mizz Nina semasa berlangsung Shout! Awards 2013, sempat kami tanyakan beberapa soalan tentang dirinya yang sudah berhijab semenjak beliau dan suaminya, Noh Hujan pulang dari menunaikan fardhu Haji baru baru ini.“Alhamdulillah, selepas pulang dari menunaikan Haji & selepas berhijab keadaan saya seperti biasa sahaja tetapi saya lebih berasa gembira, bebas, dan lebih diberkati.
Saya berasa bersyukur juga kerana saya diberi peluang bersama-sama dengan suami menunaikan Haji bersama kerana sebelum ini saya banyak melihat pasangan yang pergi secara berasingan”Mizz Nina juga turut memberitahu bahawa beliau dan suaminya berdoa agar dikurniakan cahaya mata ketika berada di tanah suci Mekah.“Sudah tentu saya berdoa untuk dikurniakan cahaya mata dan bukan itu sahaja saya dan suami juga berdoa untuk kebahagiaan dan kesejahteraan kami sekeluarga,” ujarnya.Selepas ini, Mizz Nina juga merancang untuk membuka bisnesnya sendiri dengan menghasilkan busana muslimah yang menjadikan Madena sebagai jenama keluarannya itu.“Saya ada merancang untuk membuat bisnes dengan menggunakan jenama saya sendiri iaitu Madena yang akan menjual busana muslimah, scarf dan itu semua masih dalam perancangan yang akan terlaksana pada tahun hadapan,” katanya.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.