Jumaat, November 08, 2013


Hahaha!!! Rasanya kehangatan cerita pasal PRK Sungai Limau dan kemenangan PAS berubah menjadi hambar bila dua ADUN PKR ni bertindak keluar parti.

Kalau ikut perkiraan, Pakatan baru menang satu tapi dalam masa yang sama diorang kehilangan dua kerusi DUN secara serentak. Hehehe...

Baru puas hati dia gamaknya. Sebelum ni puas dia tenyeh Si Ketua Penipu tu dengan menggelarkan dia sebagai 'Bukan Tuhan'. Sekarang dia dah bebas.

Apa sebabnya dia keluar parti ni ek? Mungkin sebab dia kena bayar kot. Tu pasal la dia keluar parti. Tapi, kalau kena bayar, dah tentu Merosakkini tu dah spin cerita ni.

Jangan cepat salah anggap beb. ADUN Matunggong ni keluar parti sebab dia dah hilang kepercayaan pada Si Ketua Penipu tu sendiri. Bukannya sebab kena bayar.

Kalau kita tunggu penjelasan dari Si Ketua Penipu tu atau pun Macai - Macai dia macam Si Tian Chuak tu, mungkin kita akan dengar alasan sedemikian.

Sama la yang berlaku kepada ADUN PKR Sabah yang sebelum ni. Pun Si Tian Chuak tu tuduh dia sebagai 'Pengkhianat'. Walhal yang khianat bukan dia.

Sebaliknya, puak - puak PKR yang duduk sedap goyang kaki kat Ibupejabat PKR tu yang khianat. Cakap bukan main lagi nak membela nasib rakyat. Tapi hapah pun tarak!!! Setakat kumpul harta kekayaan sendiri je yang diorang taunya!!!
KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Matunggong, Datuk Jelani Hamdan sebentar tadi mengisytiharkan meletak jawatan sebagai Naib Pengerusi PKR Sabah berkuat kuasa serta merta hari ini. 

Beliau mengumumkan perkara itu dalam sidang media di sini, sebentar tadi. 

Jelani memberi alasan tidak boleh bekerjasama dengan pemimpin Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Sabah terutama Pengerusinya, Datuk Lajim Ukin dan kegagalan parti itu mengamalkan pemberian autonomi kepada rakyat Sabah seperti dijanjikan parti itu. 

Beliau juga menolak dakwaan tindakannya itu didalangi oleh Barisan Nasional (BN) dan pemimpinnya termasuk Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi seperti didakwa pelbagai pihak. Jelani juga tidak menolak kemungkinan untuk menubuhkan parti baru dalam masa terdekat dan meneruskan perjuangan untuk rakyat menerusinya. 
Categories: ,

1 ulasan:

  1. INI MESTI UMNO PUNYA KERJA. UMNO BAYAR ADUN SUPAYA KELUAR PARTI. HO...HO...HO...MESTI MACAI2 PR MEROYAN TAK SUDAH2. SEKARARANG MARI KITA LIHAT PARTI MANA YANG MEREPUT. NAFSU BESAR...GEBANG BESAR...HABUK PUN TARAK...YIILEKK.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping