Kegilaan apakah ini? Adakah Dr. Siti Mariah tu dah hilang akal sehingga sanggup mengeluarkan kata - kata sedemikian? Takkan dia tak tau fungsi Majlis Syura tu?
Jika benar andaian yang dibuat dan kenyataan tersebut tidak keluar dari mulut Dr. Siti Mariah sendiri, kenapa dia hanya setakat mengeluarkan cabaran sahaja?
Kenapa dia tidak mengambil tindakan terhadap pemilik laman media Facebook yang jelas mempergunakan nama serta mengambil kata - kata dia sendiri?
Hakikatnya, biar apa pun alasan Dr. Siti Mariah, gerakan yang dinyatakan oleh pemilik akaun Facebook itu ada kebenarannya dan perkara tersebut tidak dapat diselindungkan lagi.
Isu ini bukan perkara baru. Dah lama dah orang mempertikaikan fungsi Majlis Syura dan kenapa ianya perlu diwujudkan didalam PAS.
Rata - rata ahli PAS sendiri berpendapat bahawa Majlis Syura tidak patut ditubuhkan kerana PAS sudah ada jawatankuasa yang dipilih melalui Muktamar.
Seandainya Majlis Syura lebih berkuasa dari Jawatankuasa yang dipilih oleh perwakilan, untuk apa pemilihan tersebut dibuat? Bukan ke itu menghabiskan masa je namanya?
Demikian salah satu dari pandangan yang diberikan oleh penyokong tegar PAS tatkala membincangkan perkara tersebut. Ada logiknya juga apa yang diperkaikan.
Dimana letaknya demokrasi yang dilaung - laungkan oleh PAS selama hari ini? Adakah ianya hanya sekadar untuk menarik sokongan orang ramai dan mengaburi mata ahli?
Jelas, perkara tersebut tidak dapat diperjelaskan oleh kepimpinan PAS. Apa yang pasti, didalam PAS ada dua suara yang perlu didengari. Dan ianya mewujudkan kekeliruan.
Persoalannya, bagaimana mungkin PAS boleh memerintah jika dikalangan mereka pun masih ada percanggahan pendapat sedemikian? Jangan cerita la bab nak menegakkan Islam, nak tentukan keputusan pun diorang boleh beramuk sesama sendiri!!!
SHAH ALAM – Sebuah laman sosial Facebook mendedahkan, terdapat usaha licik dilakukan pihak tertentu untuk menghapuskan Majlis Syura Ulama Pas.Menurut laporan disiarkan dalam Facebook itu baru-baru ini, Ahli Jawatan Kuasa (AJK) Pas Pusat didakwa tidak mematuhi keputusan ditetapkan majlis syura dan mereka seolah-olah mengambil langkah ‘menutup mata’.“Contohnya dalam 'dhawabit tahaaluf' yang telah ditetapkan oleh majlis syura ulama, Pas perlu dominan dalam PR terutamanya dalam PRU13 baru-baru ini.“Tetapi yang berlaku sebaliknya, apabila pembahagian kerusi didakwa banyak diselewengkan dan ‘dijual’ kepada PKR,” menurut laporan yang dipetik daripada laman sosial tersebut.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.