Jumaat, November 08, 2013



Hah! Boleh pulak buat tanpa perlu nak mendapatkan persetujuan dari Kerajaan Persekutuan. Kalau selama hari ini, kenapa diorang dok menyalak tak tentu arah?

Semua rakyat Malaysia pasti ingat dengan tuduhan dan dakwaan yang dibuat Mantan Menteri Besar Kelantan dulu. Beria - ia dia persalahkan Kerajaan Pusat.

Kononnya, Si Nik Aziz tu kata, Rejim PAS Kelantan tu nak buat hukum Hudud tapi ianya dihalang oleh Kerajaan Pusat sebab tak memberikan kebenaran.

Walhal, semua orang tau yang Hukum Syariah Negeri ni adalah bidang kuasa Negeri. Tak de kaitan pun dengan Kerajaan Pusat. Nak buat, buat je la.

Kerajaan Pusat hanya menyatakan bahawa ianya tidak sesuai untuk dilaksanakan secara menyeluruh kerana keadaan semasa. Ianya akan mewujudkan Ketidak-Adilan.

Kot kalau Rejim PAS Kelantan rasa diorang mampu nak tanggung rakyat mereka sendiri, bagus la. Jangan bila tiba masa nak laksanakan Hukum tu diorang banyak bagi alasan pulak.

SH ambik contoh, kes hukum sebat terhadap seorang wanita Muslim di Pahang tak berapa lama dulu sebab ditangkap minum arak dikhalayak ramai.

Pada ketika itu, siapa yang halang perlaksanaan hukum tersebut kalau bukan pemimpin PAS sendiri. Diorang boleh pulak kata hukum tu mengaibkan wanita tersebut.

Dalam masa yang sama, diorang jugak yang mempertikaikan kenapa tiada tindakan yang dikenakan kepada pasangan wanita terbabit. Kenapa hanya wanita tu sahaja yang dihukum?

Itu percanggahan yang berlaku sekiranya Hudud dilaksanakan secara menyeluruh. Yang menjual tak kena hukum. Tapi yang kena hanya orang yang minum. Dimana Keadilannya?

Kalau nak dihujah secara panjang lebar mengenai isu ni, boleh. Cuma ruang dan waktu masih belum sesuai. Hujah banyak yang SH dah dengar.

Cuma setakat hari ini, kalau mana - mana pihak rasa dia mampu nak buat macam Brunei, silakan la. Waima Negara - Negara Islam lain dalam dunia pun tak buat Hukum Hudud. Jadi, kalau Kelantan rasa dia mampu, teruskan. Jangan asyik nak salahkan orang lain je!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. APE SUSAH..UMNO KAN ADE. KALAU TAK BOLIH BERAK PUN BOLIH SALAHKAN UMNO. SENANGKAN..JADI PEMIMPIN.. TAK PAYAH PENING KEPALA.
    BUAT MACAM MR BEAN..TAK PAYAH SEKOLAH TINGGI2..BOLIH JADI ORANG PENTING PARTI..JANJI SUARA MESTI KUAT DALAM MENYALAHKAN UMNO. ORANG AKAN NAMPAK. PRANG NI HEBAT. NAK NAMPAK ISLAM DARI ORANG LAIN..HAFAL DUA TIGA KERAT AYAT QURAN. NAK NAMPAK ALIM LAGI..PAKAI SERBAN DAN JUBAH. WALAU MULUT BAU LONGKANG. KUTOK ORANG SIANG MALAM..TAK APA..SEBAB TELAH DIJAMIN MASUK SYURGA.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping