Sabtu, November 09, 2013



Pemerhati politik PAS menjangkakan Naib Presiden PAS Husam Musa akan mencabar Mohamad Sabu bagi jawatan timbalan presiden.

Menurut Mohd Sayuti Omar dalam blognya hari ini keputusan itu dikatakan dibuat setelah Ketua Penerangan Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini mengumumkan untuk berentap di peringkat naib presiden sahaja.

"Setakat ini jawatan nombor dua PAS itu ada dua perebut antara Mohamad Sabu dan Husam Musa," katanya.

Husam Isnin lalu dilaporkan hanya akan membuat keputusan untuk bertanding jawatan tertinggi parti selepas Tuan Ibrahim membuat keputusannya.

"Ahli PAS sangat berharap kepada beliau untuk bertanding. Jadi sehingga beliau membuat apa-apa keputusan, saya masih membuat pertimbangan dan berbincang dengan semua peringkat parti," katanya.

Justeru, kini tanda tanya sama ada Timbalan Menteri Besar Kelantan Mohd Amar Nik Abdullah akan turut berentap ke jawatan nombor dua.

"Sekiranya Mohd Amar berhajat elok beliau menyatakan pendirian lebih awal dari Husam," kata Mohd Sayuti yang juga penulis politik popular.

Bagaimanapun, sumber yang rapat dengannya memaklumkan hampir pasti Husam akan menerima pencalonan sebagai timbalan presiden. Daripada aspek kewibawaan Husam dikatakan berpeluang membuat kejutan. 

Bagaimanapun, satu-satunya beban yang mungkin menghantuinya adalah kenyataan Husam sebelum ini yang tidak mahu mencabar Mohamad atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu.

"Apa alasan yang terbaik untuk saya melawan Abang Mat (Mohamad Sabu)? Kamu ada alasan untuk saya melawan Abang Mat.

"Kalau tidak ada alasan yang baik, kenapa (saya) mahu melawan beliau," katanya dalam forum membincangkan masa depan PAS di ibu negara pada 3 Oktober lalu ketika menjawab soalan penonton.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping