Sabtu, November 09, 2013



Pelakon Rabecca Nur pada Jumaat berjaya memenangi kes tuntutan terhadap penerbit dan pengarah drama Erma Fatima ekoran perlanggaran kontrak dan melunaskan baki bayaran lakonan sebanyak 40 peratus selepas Mahkamah Majistret Kuala Lumpur membuat keputusan pada Jumaat.

Majistret Muhamad Faizal Ismail turut mengarahkan Erma mengembalikan baki jumlah wang berkenaan berserta lima peratus faedah daripada bayaran selain membayar kos guaman kepada Rabecca.

Menurut peguam yang mewakili Rabecca iaitu Nordin Othman, sekiranya Erma masih gagal melunaskan baki bayaran, pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Erma.

"Pihak kami tidak meminta lebih daripada apa yang dijanjikan oleh Erma dan berharap baki bayaran Rabecca segera dilunaskan," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Jumaat.

Erma dan Rabecca sebelum ini pernah bertegang urat apabila Erma selaku pengarah drama Dejavu Di Kinabalu gagal melunaskan baki bayaran lakonan pelakon itu sebanyak 40 peratus.

Ia membuatkan Rabecca memfailkan saman di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada 23 Julai lalu.

Dejavu Di Kinabalu diterbitkan oleh Rumah Karya Citra (M) Sdn Bhd sebanyak 28 episod dan disiarkan menerusi slot Akasia di TV3, bermula 18 Jun hingga 31 Julai 2012.

Selain Rabecca, drama berkenaan turut dibintangi Tiz Zaqyah, Aqasha, Nazim Othman dan Aishah Ilias.

Sementara itu, Rabecca berkata, dia bersyukur apabila kes tuntutan itu berpihak kepadanya dan berharap kejadian seperti itu tidak berlaku lagi.

"Apa yang dituntut merupakan hak saya di mana saya berada di pihak yang benar. Kes tuntutan ini juga dibuat agar pihak penerbit tidak sewenang-wenangnya 'mempermainkan' hak pelakon.

"Saya juga tidak ada masalah jika dia (Erma) enggan mengambil saya berlakon kerana banyak lagi penerbit-penerbit lain yang mahu menggunakan khidmat saya," katanya.
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping