Selesai sudah pemilihan bagi jawatankuasa baru PAS dalam Mukamar kali ke 59 hari ini yang menyaksikan hanya sedikit perubahan yang berlaku.
Yang berubah pun hanya jawatan Naib Presiden apabila Si Mahfuz Bean tu berjaya disingkirkan. Kiranya berjaya jugak la SH menyingkirkan Si Mahfuz Bean tu. Hehehe...
Namun, tumpuan SH ialah apabila membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh Si Mat Syabun semalam. Dia kata, pemilihan ini hanya 'Perlawanan Persahabatan'.
Jika kita lihat dari satu sudut, kenyataan Si Mat Syabun tu menggambarkan bahawa 'Perlawanan Sebenar' lebih dahsyat dari apa yang telah pun berlaku.
Bayangkan. Jika dalam 'Perlawanan Persahabatan' pun ada yang berkempen macam nak menentang musuh, inikan pulak dalam 'Perlawanan Sebenar'.
Telah dinyatakan oleh pelbagai pihak dari dalam PAS sendiri bahawa pemilihan kali ini adalah yang Paling Kotor apabila banyak perkara buruk yang dilakukan oleh calon.
Kalau bagi jawatan Ketua Pemuda PAS sahaja kita dapat lihat bagaimana buruknya sifat orang yang bertanding sampai tahap ada yang letak gambar Anjing.
Itu pun boleh dianggap satu 'Penghinaan Besar' buat calon yang dimaksudkan. Sanggup diorang samakan calon yang bertanding tu dengan Anjing. 'Perlawanan Persahabat' katanya.
Begitu jugak dengan Si Mat Syabun tu sendiri. Pihak yang menyokong dia mendakwa kononnya pihak yang menentang berkempen dengan cara yang lebih Ekstrem.
Ada yang sampai tahap mengKAFIRkan Si Mat Syabun ni secara terang - terangan dihadapan perwakilan mereka sendiri. Tak ke kotor permainan mereka? 'Perlawanan Persahabatan' kata dia.
Tak cukup dengan itu. Ada jugak yang melaporkan bahawa wujud agenda memaki hamun dan memburuk - burukkan calon secara terbuka dalam satu forum yang dibuat sebelum ini.
Jadi, korang bayangkan la macam mana jika PAS mengadakan 'Perlawana Sebenar'. Rasanya lagi teruk dari itu yang akan diorang lakukan terhadap pihak lawan.
Bukan la sekadar menggantikan gambar dengan anjing dan menggelarkan orang lain sebagai Kafir. Malah jauh lebih teruk dari itu yang mempu mereka lakukan.
Persoalannya, dimana letaknya nilai - nilai Islam dalam perjuangan PAS ni jika itu menjadi ukuran bagi mereka? Kalau dalam 'Perlawanan Persahabatan' pun diorang dah berkempen dengan cara yang tidak beretika, inikan pulak kalau dalam 'Perlawanan Sebenar'!!!
APE PERBEZAAN PAS DAN UMNO? TAK ADE KAN? CUMA PAS LAGI BUROK DAN HODOH. SEBAB PAS NI PARTI ULAMAK. PARTI ORANG KUAT AGAMA. SEPATUTNYA MEREKA MENJADI CONTOH. DARI ITU LAIN KALI JANGAN KATA ORANG. SELAK JUBAH TU SIKIT... TENGOK ADA KURAP TAK DI PONGGONG TU. SEBELUM NAMPAK SALAH ORANG LAIN.
BalasPadam