Tak berapa lama dahulu, industri hiburan tanah air diserang hebat oleh Si Ostazah Pening tu dengan pelbagai dakwaan serta tuduhan yang tidak berasas.
Macam - macam benda yang dia dah buat sehingga ke hari ini. Dan ianya sedikit sebanyak dilihat sengaja memperkecilkan bekas rakan seperjuangan dia sendiri.
Yang terbaru, dia menuduh UMNO sebagai punca berlakunya maksiat dan rosak akhlak dikalangan artis di Malaysia. Dia tuduh UMNO yang mempengaruhi semua tu.
Seolah - olah dia anggap UMNO ni ada kuasa nak ubah seseorang dan menetapkan garis panduang tertentu dalam industri hiburan tempatan.
Nah!!! Kalau macam tu, UMNO pun ada sumbangan jugak la bila semakin ramai artis di Malaysia ni yang mula memakai tudung dan berhijrah.
Kiranya, semua tu sebab UMNO jugak la ye tak. Bukan la sebab artis tu semuanya tergerak hati sendiri nak berbuat demikian. Tak gitu? Ada jugak la jasa UMNO ni kan?
Kalau dulu, Si Ostazah Pening tu dok buat tuduhan kata pelakon yang pakai tudung ni semuanya susah nak dapat kerja dan tak diberi peluang untuk berlakon.
Hah!!! Ni yang Lisdawati banyak dapat tawaran berlakon ni apa kejadahnya? Tak de masalah pun yang dia hadapi. Banyak jugak tawaran yang dia terima.
PETALING JAYA: Dramatis Lisdawati berasa lega apabila pihak produksi tempatan tidak meletakkan sebarang diskriminasi terhadap pelakon bertudung sepertinya untuk berlakon dalam drama terbitan mereka."Sejak saya berhijab enam bulan lalu tawaran berlakon yang diterima masih banyak dan pihak produksi sedia bertolak-ansur tentang imej terbaharu saya dan akan mengubah suai watak diberikan bersesuaian dengan diri saya."Malah saya tidak lihat ada apa-apa diskriminasi terhadap pelakon bertudung dan ini adalah perkara yang sangat positif," katanya kepada mStar Online.
Hakikatnya, orang macam Si Ostazah Pening tu perlu sedar diri dia sendiri. Yang sebenarnya, dia tu yang dah TAK LAKU!!! Tu pasal la orang tak ambik dia berlakon. Pakai tudung pun sebab nak dapat kontrak jadi model, bukannya nak berhijrah sangat!!!
Abby harus belajar dari Professor Muhaya bagaimana nak jadi muslimah yang baik, yang diredhai oleh Allah s.w.t baru boleh dikatakan Abby sudah insaf dan mahu hijrah kejalan Allah.
BalasPadam