Bagi sesiapa yang turut hadi mendengar sesi perbahasan dalam sidang DUN Pahang sebelum ini, sudah tentu mereka akan bersetuju dengan apa yang SH perkatakan.
Nak pulak isu yang dibangkitkan oleh ADUN Pembangkang terutamanya yang berkaitan dengan jawatan Ketua Pembangkang. (KLIK DISINI)
Selain itu, puak - puak ADUN Pakatan Pembangkang tu jugak turut memohon dan merayu supaya Kerajaan Negeri memberikan mereka peruntukan tambahan.
Alasan mereka ialah agar ianya dapat disalurkan kepada rakyat. Tetapi dari satu sudut, peruntukan tambahan itu hanya akan memenuhi kepentingan peribadi mereka sahaja.
Perkara ini cukup jelas dan ianya tidak perlu hendak dinafikan oleh puak - puak Pakatan Haramjadah tu. Dah memang itu sifat semula jadi diorang yang sebenarnya.
Persoalannya, untuk apa diorang mintak peruntukan tambahan tu? Alasannya ialah supaya diorang dapat menyalurkan sumbangan bantuan kepada rakyat yang memerlukan.
Tetapi adakah mereka akan kata yang sumbangan itu datangnya dari pihak Kerajaan BN hasil dari peruntukan tambahan yang telah diberikan? Rasanya kerat jari pun diorang takkan sebut.
Sedangkan bantuan yang diberikan sebelum ini pun diorang payah nak mengakui kata pihak Kerajaan yang beri, inikan pulak jika Kerajaan Negeri tunaikan permintaan mereka.
Tidak mustahil sekiranya ada dikalangan ADUN Pakatan Haramjadah tu hanya akan menggunakan peruntukan tambahan tersebut untuk kegunaan parti. Benda tu pun dah biasa dibuat.
Jadi, yang untungnya bukan rakyat. Sebaliknya hanya ADUN tersebut secara peribadi. Maka, memang jelas mereka hanya menjadikan rakyat sebagai 'Tebusan' semata - mata.
Disini lah kita dapat melihat sifat bermuka - muka yang diamalkan oleh ADUN - ADUN Pakatan ni. Bila masa nak mintak peruntukan tambahan, lembut gigi dari lidah.
Macam - macam pujian diorang berikan kepada pihak Kerajaan Barisan Nasional. Siap ada yang mengaku kata Kerajaan tak abaikan pembangunan dikawasan mereka.
Tak ketinggalan ada jugak dikalangan mereka yang mengakui bahawa Kerajaan Barisan Nasional sentiasa membela dan menjaga Kebajikan Rakyat.
Tak seperti ketika mereka berdiri diatas pentas ceramah. Habis semua benda nak disalahkan Kerajaan Barisan Nasional dengan pelbagai tuduhan dan tohmahan.
Selama hari ini, diorang jugak yang tuduh kata Kerajaan Barisan Nasional ni korup, sentiasa mengamalkan Politik wang, salah guna kuasa dan sebagainya. Sekarang, diorang pulak yang beri pujian melambung - lambung.
Nampak sangat la diorang ni memang dah terdesak sangat. Nak dapatkan duit punya pasal sanggup diorang gadaikan maruah dan prinsip perjuangan masing - masing.
Yang paling malang sekali ialah rakyat. Tak pasal - pasal je mereka jadi tebusan kepada ADUN mereka sendiri. Apa gunanya jadi ADUN kalau nak bantu rakyat pun diorang tak mampu!!! Buat mengabihkan masa je!!!
bukan mengabihkan masa tetapi mengabihkan boreh jer.
BalasPadamkalau bagi peruntukan mesti masyuk punya. masyuk poket la wei.... rakyat cuma jadi barang tebusan jer.