Sabtu, November 16, 2013



Ini satu lagi pendedahan menarik mengenai keputusan yang dibuat oleh UMNO Pusat yang mengarahkan Pergerakan Pemuda UMNO Rompin (PPU Rompin) buat Pemilihan semula.

Jika sebelum ini, SH hanya membangkitkan persoalan berkaitan Notis makluman kepada Perwakilan mengenai Pemilihan Semula yang diarahkan oleh UMNO Pusat.

Awal tadi, SH mengenengahkan persoalan mengenai aduan - aduan lain yang juga berkaitan dengan Pemilihan UMNO yang lalu. Sekarang, kita masuk bab JK Pemilihan tu sendiri.

Dalam satu surat yang diemailkan kepada SH berkaitan dengan isu tersebut jelas memaparkan kekecewaan JK Pemilihan dengan keputusan yang telah dibuat.

Bayangkan. JK Pemilihan pun boleh meluahkan rasa kecewa dengan tindakan yang dibuat oleh pihak Setiausaha Agung kerana telah menggunakan nama Jawatankuasa tersebut.

Isi kandungan surat tu menyebut: Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan UMNO (JPU) yang bersidang pada 13 November 2013 mengambil keputusan melahirkan perasaan YANG AMAT KECEWA terhadap YBM SETIAUSAHA AGUNG UMNO yang telah menggunakan  nama Jawatankuasa ini mengarahkan perkara diatas tanpa PENGETAHUAN Jawatankuasa.

Nah!!! Sekarang timbul satu lagi persoalan yang baru. Bagaimana mungkin arahan untuk mengadakan Pemilihan semula itu dibuat tanpa merujuk kepada JK Pemilihan?

Siapa yang mengeluarkan arahan supaya Pemilihan Semula PPU Rompin dibuat jika JK Pemilihan pun tak tau mengenainya? Kan makin pelik isu ni jadinya.

Bayangkan. Takkan la seorang Setiausaha Agung boleh mengabaikan Tatacara surat menyurat sesuka hati dia je. Dah tentu - tentu ada sesuatu yang tak kena ye tak?

SH bukan mahu menuduh sesiapa. Tetapi perkara ini perlu diketengahkan demi menjaga nama baik UMNO. Satu penjelasan perlu dibuat oleh pihak yang berkenaan. Jangan sampai tahap orang menyampah dengan UMNO sudah la!!!
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping