Jika tadi, SH dedahkan surat bantahan yang dikeluarkan oleh JK Pemilihan diatas tindakan SUA membuat keputusan tanpa pengetahuan mereka.
Tapi, isu ini tidak berhenti disitu sahaja. Masih ada lagi satu surat bantahan yang dibuat oleh JK Pemilihan yang ditujukan khusus kepada SUA.
Dalam mesyuarat yang diadakan pada 13 November lalu, JK Pemilihan telah membuat keputusan seperti perkara dibawah.
Surat tersebut bertajuk: BANTAHAN KEPADA YBM SUA UMNO KERANA MENGGUNAKAN NAMA JAWATANKUASA PEMILIHAN UMNO.
Isi kandungan surat itu menafikan pembabitan mereka dimana mereka tidak terlibat didalam apa - apa proses pemilihan semula kerana kuasa tersebut telah pun diambil alih oleh Jawatankuasa Khas yang telah diwujudkan oleh Majlis Tertinggi UMNO.
Persoalannya, adakah Jawatankuasa Khas itu sah kewujudannya memandangkan sehingga ke hari ini, masih tidak ada mesyuarat MT yang dibuat?
Untuk apa dilantik Jawatankuasa Khas sedangkan JK Pemilihan tu masih ada? Siapa yang melantik Jawatankuasa tersebut?
Sepatutnya, JK Pemilihan yang telah diberikan kuasa untuk memantau dan memastikan Pemilihan itu dipertanggungjawabkan sepenuhnya. Tapi perkara tu tak berlaku.
Isu di Rompin ini berbeza dengan apa yang berlaku di Bahagian Sepang dimana JK Pemilihan yang buat keputusan selepas mereka selesai bermesyuarat.
Maka sebab itulah persoalan sebelum ini mengenai kenapa keputusan Rompin tidak dimaklumkan sekali dengan Sepang dibuat. (KLIK SINI)
Makin banyak isu yang dibangkitkan makin terserlah kebobrokkan yang cuba dimainkan oleh sesetengah pihak dalam pemilihan PPU Rompin ni. Mungkin ada skandal yang tersembunyi? Kami masih menantikan penjelasan dari pihak yang bertanggungjawab!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.