Sabtu, November 16, 2013


Jika semalam SH bangkitkan isu berkaitan dengan Notis yang dikeluarkan bagi membolehkan Pemilihan Pemuda UMNO Bahagian Rompin dijalankan. (KLIK SINI)

Dari apa yang SH dimaklumkan oleh sahabat SH, notis bagi sesuatu mesyuarat diadakan mesti dalam tempoh 7 hari. Herannya, bagi pemilihan, tak sampai 7 hari pun.

Undang - undang apa yang diorang pakai? Perlembagaan mana yang diorang ikut? Tak pasti la pulak kalau pemilihan pun diorang boleh ubah perlembagaan sesuka hati diorang je.

Jika difikirkan dari segi logik, seandainya mereka yang hadir untuk sesi pemilihan hari ini buat bantahan kerana tidak mendapat notis, kan sia - sia je diorang dipanggil?

Lepas habis satu bantahan, datang bantahan lain pulak. Tak ke BODOH kerja macam tu? Sampai bila pun masalah tu tak selesai. Akal letak kat mana diorang ni?

Itu satu bab yang dibangkitkan oleh sahabat SH malam semalam. Ada seorang lagi yang bertanya mengenai aduan dari Bahagian lain. Kenapa aduan tu tak dilayan?

Cuba korang fikir. Kenapa hanya Pemuda Bahagian Rompin sahaja yang dikena buat pemilihan sedangkan banyak lagi Bahagian lain yang buat aduan?

Adakah keputusan Jawatankuasa Pemilih UMNO ni juga melaksanakan siasatan terpilih? Kenapa ianya tidak dibuat secara menyeluruh?

Seingat SH, selain Rompin, hanya Sepang sahaja yang diarahkan untuk buat pemilihan semula. Itu pun keputusan dibuat selepas sebulan pemilihan UMNO dijalankan.

Dalam kes Pemuda Rompin, keputusan dibuat selepas DUA BULAN. Kenapa keputusan tidak diumumkan sama dengan Bahagian Sepang? Kan nampak sangat peliknya tu.

Jelas, ada sesuatu yang tak kena bila orang mula berbicara mengenai isu ini. Memang banyak isu yang boleh dibangkitkan. Nak pulak bila tarikh Perhimpunan semakin dekat.

Maka satu penjelasan perlu dibuat sebelum lebih banyak isu dibangkitkan kelak. Kalau betul UMNO nak buat Tranformasi, buat la betul - betul. Jangan setakat main ikut suka hati je!!! Tak mendatangkan faedah lansung!!!

PS: Pendedahan lebih menarik akan SH dedahkan tengahari nanti!!! Tunggu...
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping