Sabtu, November 16, 2013



Tahniah SH ucapkan kepada yang menang dalam pemilihan Pemuda UMNO Rompin hari ini. Tahniah sebab menang dalam skandal, bukan sebab menang dengan maruah.

Konflik yang melanda Pemilihan Semula bagi semua jawatan dalam Pergerakan Pemuda UMNO Rompin tidak berakhir dengan keputusan hari ini.

Biarpun dah diumumkan pihak yang menang, persoalan demi persoalan masih lagi timbul dan menjadi bahan pertikaian diperingkat akar umbi.

Mampu ke yang menang tu nak satukan semula ahli demi kepentingan dan perjuangan parti? Adakah itu yang menjadi hala tuju dia sebenarnya?

Hakikatnya tidak dapat diubah kecuali dengan campur tangan 'Orang Ghaib' dalam isu pemilihan semula di Bahagian Rompin ini.

Bak kata seorang sahabat SH, hanya orang di Pahang sahaja yang tau apa permainan sebenar yang berlaku. Cuma diorang tak nak dedahkannya sahaja.

Dari pemerhatian SH sendiri, memang wujud permainan 'luar jangkaan' dalam isu berkaitan dengan Pemilihan Semula di Bahagian Rompin ni. Ada wujud unsur 'Ghaib'.

Yang sebenarnya, agenda utama mereka adalah untuk 'Mencantas' kepimpinan muda yang diterajui oleh Dato' Sahfri Aziz, Bekas ADUN Bukit Ibam dulu.

Kalau kita lihat, sejak dari waktu Pengumuman Nama Calon untuk PRU pun perkara tersebut kita boleh nampak. Nama Dato' Sahfri tiba - tiba hilang dari dalam senarai.

Bayangkan. Bagaimana mungkin nama seorang Exco Kerajaan Negeri boleh digugurkan tanpa sebab musabab yang sah dan perkara itu masih menjadi pertikaian sehingga hari ini.

Tidak cukup setakat itu je. Malah agenda 'Mencantas' Dato' Sahfri ini diteruskan lagi dalam pemilihan UMNO yang diadakan baru - baru ini. Maka timbul la isu yang meragukan ini.

Perkara ini cukup jelas dimata ahli - ahli UMNO diperingkat akar umbi. Semua orang tau siapa dalang dan siapa bonekanya. Kalau ini yang dimaksudkan sebagai Transformasi dalam UMNO, alamat jahanam la jawabnya!!!

PS: Bagi pihak yang menang tu, jangan marah la kalau lepas ni kena tenyeh lagi dengan SH ye. Banyak isu boleh dibangkitkan nanti!!!
Categories:

2 ulasan:

  1. bro
    rompinnya pemuda wat mesyuarat semula sabtu ni
    xnak ulas ke, mesyuarat ketiga pemuda rompin hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak buat juga... tunggu ilham turun dari langit...

      Padam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping