Sejak semalam kecoh dalam laman media sosial membahaskan mengenai isu kenaikkan gaji mendadak yang melibatkan MB, Exco dan ADUN di Selangor.
Isu tersebut turut menjadi bahan bualan dikalangan rakyat secara keseluruhannya walau dimana mereka berada. Termasuk la di Pahang sendiri.
Ada dikalangan penyokong Pakatan Pembangkang tu cuba untuk menegakkan benang yang basah dan mengaitkan isu tersebut dengan apa yang berlaku di Pahang.
Kata mereka, "Tahan la Selangor naikkan gaji semua ADUN termasuk ADUN Barisan Nasional. Pahang lansung tak bagi apa - apa. Peruntukan tambahan pun tak bagi"
Hah! Bila mendengar kenyataan macam tu yang membuatkan SH hanya sekadar mampu tergelak depan diorang. Ada hati jugak nak salahkan orang lain.
Apa yang berlaku di Pahang semua orang dah tau. Dalam sidang DUN sebelum ini memang 'Semua' ADUN Pembangkang tu mintak peruntukan tambahan.
Malah ada yang bangun ketika sesi perbahasan merayu supaya pihak Kerajaan menimbangkan supaya gaji serta elaun ADUN dinaikkan dalam Bajet kali ini.
Tapi, macam mana pihak Kerajaan nak tunaikan permintaan diorang tu bila ada dikalangan ADUN Pembangkang tu buat tuduhan yang bukan - bukan?
Kontroversi yang sengaja dicetuskan oleh ADUN Pembangkang tu sendiri membantutkan tuntutan dan rayuan yang dibuat oleh rakan - rakan dia sebelum ini.
Dia yang celupar sangat mulut menuduh YAB Menteri Besar Pahang membentangkan Bajet Palsu. Jadi, takkan la MB nak bagi kenaikkan gaji dan peruntukan tambahan palsu?
Dalam isu di Pahang, puak - puak Pakatan Haramjadah tu sendiri yang cari penyakit. Tak de sorang pun dikalangan ADUN Pembangkang tu yang cuba membantah tuduhan rakan mereka.
Jadi kesimpulannya, diorang sendiri yang tabur pasir dalam periuk nasik diorang sendiri. Jangan la pulak diorang nak salahkan orang lain. Sendiri cari penyakit, sendiri tanggung la!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.