Sabtu, November 02, 2013


Bekas Ketua Umno Bahagian Shah Alam, Datuk Ahmad Nawawi M. Zin mempersoalkan kewajaran penyanyi 90-an, Aishah yang mendakwa kerajaan Barisan Nasional (BN) menolak Islam dalam urusan pentadbiran negara.

Ahmad Nawawi ketika dihubungi Antarapos meminta Aishah muhasabah diri sebelum menuduh BN berpura-pura berjuang atas nama Islam, seterusnya mengabaikan tanggungjawab kepada rakyat.

"Tanya diri dia sendiri (Aisyah), sama ada dia betul ditindas oleh kerajaan BN? Ada ke kerajaan BN tak bagi dia sembahyang? Ada ke kerajaan BN tak bagi dia pergi sekolah agama? Ada ke kerajaan BN tak bagi dia berdakwah? Tak ada. Jadi dari segi mana dia cakap tak menjalankan syariat Islam?," soalnya.

Aishah yang juga bekas calon PAS bagi kerusi Parlimen Jempol sebelum ini mendakwa penyelewengan yang berlaku dalam pentadbiran sedia ada membuktikan kepimpinan parti pemerintah mengabaikan tanggungjawab sebagai umat Islam.

Aishah berkata demikian di satu forum penerangan politik sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sungai Limau baru-baru ini.

Selain itu, penyanyi yang popular dengan lagi 'Janji Manismu' itu turut mendakwa BN menyalahguna dasar-dasar kemanusian dan tersasar dari amanah yang diberikan apabila menyeleweng duit rakyat, sekaligus dakwanya tidak membayangkan ciri-ciri Islam yang dibawa di negara ini.

Aishah juga dilaporkan mengingatkan pengundi supaya tidak termakan dengan janji kosong kerajaan BN yang menurutnya dibuat semata-mata mahu meraih undi.

Mengulas perkembangan itu, Ahmad Nawawi berkata, tuduhan yang dilempar Aishah hanya bermotifkan politik semata-mata.

"Itulah, tujuannya politik, bukan tujuan lain. Nak kata zalim, kita tanya diri sendiri, kita pernah dizalimi ke? Islam di Malaysia ni buat kita tersekat untuk menjalankan dakwah atau rukun Islam ke? Kita ada bank Islam, universiti Islam dan sekolah agama. 

"Selama ini pun, ahli-ahli politik baik Umno atau lain-lain, jika salah pun kena tangkap. Orang terlibat rasuah kena tangkap. Semalam orang imegresen kena tangkap pasal rasuah. Undang-undang tetap dijalankan. Yang tak tertangkap, mungkin belum tertangkap," jelasnya.

Selain Aisyah, pelakon Abby Abadi dan Leman Raja Lawak dilihat berkempen atas tiket PAS pada PRK Sungai Limau yang akan diadakan pada Isnin depan.
Categories: ,

2 ulasan:

  1. Orang yang tak pernah bekerja dengan kerajaan, dia tak tahu ape2. Ikut suka dia nak cakap je. Sape2 pun boleh cakap macam tu. Tapi tanya lah diri sendiri dulu. Tak kan kita buat kebaikan dalam hal agama semua nak tunjukkan kepada orang. Maaf cakaplah. Nak buat baik dan sebagainya, biar lah ikhlas dan jangan lah berharapkan ape2 balasan. Itu bukan urusan kita.

    BalasPadam
  2. Dulu masa kat Australia terlalak2, terkinja2, terlompat2, terkangkang2 apa hal? Dedah sana, dedah sini. Diri sendiri pun tak berapa betul nak tegor orang. Spesis hipokrit.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping