Sabtu, November 02, 2013


Ini masalah yang ada dalam Parti Angguk Saja tu. Masalah ni pun semakin hari dah menjadi semakin kronik dan tak mampu diubati sehingga hari ini.

Masalahnya, PAS ni memang suka cakap tapi tak serupa bikin. Diorang setakat pandai bercakap je, tapi bila tiba bab perlaksanaan, satu hapah pun diorang tak reti.

Sebelum ini, ada dikalangan pemimpin PAS yang mendesak pihak SPR supaya mengadakan Pilihanraya Kecil DUN Sungai Limau ni sebelum pembentangan bajet.

Kata mereka, ianya perlu diberikan perhatian oleh pihak SPR supaya mengambil tindakan tersebut bagi menghalang isu berkaitan dengan bajet tu digunakan dalam PRK ni.

Kononnya menurut mereka, apa sahaja yang ditawarkan didalam bajet 2014 yang diumumkan oleh Perdana Menteri akan dijadikan modal untuk memancing undi.

Kiranya diorang nak tuduh UMNO dan Barisan Nasional la yang akan menjadikan perkara tu sebagai senjata untuk meraih sokongan di kawasan DUN Sungai Limau ni.

Perkara itu jelas mereka merupakan salah satu tindakan yang tidak beretika dan pihak SPR perlu sedar dengan perkara tersebut. Sebab itu PRK Sungai Limau ni perlu dipercepatkan.

Tetapi, apa yang kita lihat pada hari ini, bukan orang lain yang menjadikan isu berkaitan dengan bajet 2014 tu digunakan sebagai bahan modal Politik.

Sebaliknya, isu berkaitan dengan bajet 2014 tu dijadikan bahan dalam kempen PAS sendiri. Mereka yang menjaja cerita tu ke merata - rata tempat.

Habis semua orang dalam kawasan DUN Sungai Limau ni dihasut dan diracuni fikiran mereka berdasarkan apa yang telah dibentangkan didalam bajet sebelum ini.

Hampir dalam setiap ceramah yang diadakan setiap hari, isu - isu yang berkaitan dengan bajet tu diulang - ulang oleh mereka sampai dah jadi macam zikir.

Semalam cerita pasal gula, malam esok cerita pasal gula dan begitu la seterusnya. Tu belum sentuh cerita bab lain lagi tu. Kalau cerita panjang pulak jadinya.

Maka kesimpulannya, memang sah la PAS ni bukan parti yang benar - benar melaksanakan dasar perjuangan Islam. Sebab dalam Islam, bila kita cakap kita buat. Tapi PAS ni, benda yang dia tak cakap tu yang dia buat!!! Tinggal lagi dia tuduh orang lain pulak!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping