Sabtu, November 02, 2013


Datuk Harun Taib dicalonkan untuk mengekalkan jawatan Ketua Dewan PAS Pusat pada pemilihan pucuk pimpinan baharu yang bakal berlangsung pada Muktamar Tahunan Dewan Ulamak PAS pada 21 November depan.

Selain Harun, Timbalannya Datuk Ahmad Yaakob yang juga Menteri Besar Kelantan dan Naib Ketua Dewan Ulamak PAS, Datuk Dr Mahfodz Mohamed turut dicalonkan untuk mengekalkan jawatan yang disandangnya bagi penggal akan datang.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Asmuni Awi menjelaskan bagi jawatan Pengerusi Tetap, Ketua Dewan Ulamak, Timbalan Ketua, Naib Ketua dan Pemeriksa Kira-kira hanya seorang calon yang layak bertanding.

Mereka dikehendaki memberi jawapan sama ada menerima pencalonan kepada Jawatankuasa Pemilihan PAS selewat-lewatnya 8 November nanti.

"Jika mereka tidak menyerahkan borang penerimaan pencalonan, Muktamar Dewan Ulamak perlu memutuskan untuk mengisi kekosongan jawatan tersebut ketika muktamar berlangsung.

"Ia hanya boleh diputuskan ketika muktamar bukan di luar muktamar," katanya pada sidang media mengumumkan senarai mereka yang layak bertanding untuk Dewan Ulamak.

Bagi jawatan Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) Dewan Ulamak PAS, 15 calon layak bertanding tetapi hanya 12 sahaja yang akan dipilih.

Asmuni juga menjelaskan Jawatankuasa Pemilihan tidak menerima sebarang pencalonan untuk jawatan Timbalan Pengerusi Tetap dan satu lagi calon untuk jawatan Pemeriksa Kira-Kira.

Kekosongan jawatan tersebut perlu diisi menerusi keputusan yang dibuat oleh Muktamar Dewan Ulamak PAS.

Semua jawatan untuk Dewan Ulamak PAS, pencalonan dibuat oleh PAS Negeri bukan PAS Kawasan seperti yang dilakukan untuk Dewan Harian, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat.

Sehingga tarikh tutup pencalonan pada 31 Oktober lepas, hanya lima negeri menghantar pencalonan manakala sembilan negeri lagi tidak menghantar sebarang pencalonan.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping