Ini ada satu soalan buat Si Mahfuz Bean tu dari salah seorang pengundi yang SH jumpa didalam kawasan DUN Sungai Limau ni malam semalam.
Soalan dia mudah je, sama macam yang Mahfuz tanya semalam sewaktu mengadakan sidang media disebelah petang. Pengundi tu tanya, siapa yang bertanding di Sungai Limau?
Kalau sebelum ini, Si Mahfuz Bean tu buat dakwaan kononnya pengundi di Sungai Limau ni keliru tengok banner yang dipasang disekitar DUN Sungai Limau ni.
Kata Si Mahfuz tu, banner tersebut mengambarkan seolah - olah di Sungai Limau ni ada dua calon BN yang bertanding. Sorang Dr. Shohaimi tu dan sorang lagi Datuk Mukhriz sendiri.
Makanya, pengundi yang SH jumpa tu sendiri pun terkeliru dengan calon PAS. Siapa yang bertanding sebenarnya? Adakah Si Azam tu yang bertanding?
Atau adakah Si Mahfuz tu yang jadi calon? Sebab kalau tengok yang selalu dok keluar masuk dalam media ni Si Mahfuz Bean tu je. Tak banyak pun cerita pasal calon PAS tu.
Atau adakah PAS telah mencalonkan Allahyarham Tan Sri Azizan sebagai calon di Sungai Limau ni? Ianya memandangkan PAS sering kali sebut nama dia di pentas ceramah.
Nampak gayanya Si Mahfuz tu sendiri memang jenis manusia tak sedar diri bila dia bertanya kan soalan mengenai banner yang digantung oleh pihak BN tu sebelum ini.
Tahan la kalau BN hanya ada dua calon je. Tapi PAS pulak sampai letak 3 CALON apa kejadahnya!!! Lagi la orang dikawasan Sungai Limau ni boleh jadi keliru.
Hakikatnya, Si Mahfuz Bean tu kena telan sendiri ayat yang dia dah luahkan dalam sidang media semalam apabila dia dengan jelas mempertikaikan kredibiliti calon BN.
Mahfuz kata, tindakan BN meletakkan gambar Mukhriz adalah untuk membolehkan calon BN tu tumpang populariti Mukhiz secara tak lansung.
Makanya, kita juga boleh buat kesimpulan seperti yang dia buat. Mungkin PAS guna nama Ustaz Azizan Razak sebab calon PAS tu sendiri pun memang tak popular.
Tapi malangnya, calon PAS tu juga turut menumpang populariti Si Mahfuz Bean yang memang dah sedia tak popular tu!!! Nama dia pun dah buruk. Jadi secara tak lansung, nama calon PAS tu pun buruk sama la jawabnya!!!
Ini adalah satu penghinaan yg teramat jijik terhadap pengundi2 di Sg.Limau yg secara tidak langsung ingin di bagi tahu oleh Mahfuz bahawa mereka ini semuanya bangang dan bodoh sehingga tidak tahu siapa calon YB mereka. Sedarlah pengundi2 di Sg.Limau bagaimana maruah anda diperlekehkan dan di pandang rendah oleh Mahfuz!!
BalasPadamWooi! Mahfuz, orang Sungai Limau tak sebodoh kau Mahfuz oii..
BalasPadam