SAYA kalau boleh tak mahu sentuh apa-apa mengenai pelakon Abby Abadi. Sebabnya... tak dapat apa-apa faedah pun melayan artis ini.
Cuma saya terpanggil untuk menegur Abby selepas membaca laporan mengenai ceramah politiknya di Kampung Dulang Kechil, Yan Kedah pada 26 Oktober yang lalu.
Dalam ceramah itu Abby berkata gejala maksiat yang berleluasa dalam dunia hiburan tanah air adalah kerana Umno. Parti itu menjadi punca dunia hiburan menjadi sesat.
Saya tergelak seorang diri membaca laporan itu... Dia sesat sehingga ke Sungai Limau untuk meracun fikiran rakyat dengan cerita yang tidak betul. Abby mendakwa, semasa dia berlakon dulu, dia tak pernah berfikir sangat tentang dosa dan pahala.
Saya percaya, kalau dahulu, Abby memang tidak akan fikirkan dosa dan pahala. Sebab itu dia tak pernah hirau kesalahan yang dibuatnya.
Atas sebab itu juga dia tidak rasa berdosa menyerang dan memalukan suaminya Norman Hakim (sekarang bekas suami) di khalayak ramai.
Tetapi itu cerita dulu. Bila Abby sudah berhijrah dan memakai tudung, saya berharap dia akan berubah menjadi lebih baik berbanding ketika dia berada dalam dunia yang didakwanya ‘sesat’ itu tetapi sayang sekali Abby menjadi semakin teruk.
Mulutnya bertambah ‘laser’. Menghina, mengutuk itu dan ini. Semuanya jahat pada mata beliau. Dunia hiburan juga bagi Abby kotor dan jijik.
Tetapi Abby tidak pernah sedar, sebahagian daripada darah dagingnya adalah hasil wang yang diterima ketika bergelar pelakon serta ketika dia bersama Elite.
Saya ingin Abby dan pembaca semua tahu, dunia hiburan di negara ini berkembang tanpa kaitan dengan politik. Soal halal-haram seseorang terletak kepada individu itu sendiri.
Tahu atau tidak, dunia hiburan kita ketika ini adalah lebih baik berbanding 20 tahun dulu. Tidak ada lagi adegan berkemban yang kita lihat dalam filem-filem Melayu sekarang.
Malah kerajaan juga membenarkan lesen saluran televisyen dan radio berasaskan agama Islam dibuka antaranya TV Al-Hijrah, Astro Oasis dan juga radio Ikim.
Kesemua ini memberi ruang untuk artis-artis berhijrah terlibat dalam drama-drama yang mahu disarikan menerusi saluran berkenaan.
Dunia hiburan tidak sesat tetapi pemain di dalamnya yang sesat jika individu berkenaan tidak mahu berubah tidak kiralah kerajaan dari parti mana sekali pun yang memerintah.
Sebab itulah saya meminta orang ramai jangan mudah mempercayai dakwah songsang sesetengah pihak kerana mereka ibarat tuba yang cuba meracun fikiran rakyat dengan fakta-fakta yang tidak benar sama sekali.
Dalam satu ceramah bersama Ustaz Azhar Idrus, yang pernah disertai sendiri oleh Abby, pendakwah tersohor itu ada berpesan agar sesiapa yang berhijrah jangan sesekali menghentam kawan-kawan yang masih belum berbuat demikian.
Kata-kata Ustaz Azhar itu disambut oleh Abby dengan nada kurang senang apabila dia mendakwa Ustaz Azhar cuba menyindirnya (boleh cari rakaman itu di YouTube).
Ini antara contoh pemikiran Abby Abadi yang tidak boleh diterima pakai. Adalah amat malang apabila PAS mempunyai ahli seperti ini yang akan mengotorkan nama parti itu sendiri!!!
INI ORANG PERASAN ALIM. BARU PAKAI TUDUNG 2-3 HARI SEPERTI DAH BELAJAR BERTAHUN2 KAT UNIVERSITI AL AZHAR. KALAHLAH SEGALA USTAZ DAN PAK GURU. MACAI2 DAN ORANG2 TUA PAS PASTI AKAN TERHANGGUK2 DAN MENGGELENG2 KEPALA BILA MENDENGAR CERAMAH ABBY BLUR.
BalasPadamSEPATUTNYA ARTIS ATAU SESIAPA SAJE JIKA INGIN TERLIBAT DENGAN PARTI...BELAJAR DULU ASAS2 ISLAM ITU SENDIRI. JIKA TIDAK INILAH AKIBATNYA...AGAMA ISLAM TU SAMA DENGAN PAS. MEREKA ANGGAP MASUK PAS SAMA MASUK ISLAM. ITU JADINYA ORANG LAIN SEMUA TAK BETUL.
SEKALI KENA SIHIR PAS...KEPALA JADI MELELONG DAN MERAPU. DULU HALAL SEKARANG HARAM. PADA HAL KITA DAH DIAJAR SEDARI KECIL BERGAUL BEBAS HARAM..BERZINA HARAM.. MINUM ARAK HARAM. TAK KAN ITU PUN TAK TAU. MEMANG JENIS SAMDOL LAH ORANG NI JIKA NAK MENYALAHKAN ORANG LAIN. SENDIRI BOLIH PILIH HITAM ATAU PUTIH.