Khamis, Disember 19, 2013


BUTTERWORTH: Bekas Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Datuk Mohd Salleh Man mahu pemimpin dan anggota parti itu memberikan kerjasama kepada Timbalan Presiden parti Mohamad Sabu sebagai Pesuruhjaya Pas negeri yang baharu.

Mohd Salleh yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir berkata keputusan PAS pusat untuk melantik Mohamad adalah tepat.

"Tujuh tahun saya menerajui kepimpinan PAS Pulau Pinang dan sudah tiba masanya untuk memberi peluang kepada pemimpin seperti Mat Sabu memimpin pucuk pimpinan PAS di negeri ini dan saya sedia bekerjasama dengan beliau.

"Saya juga berharap beliau dapat mengukuhkan hubungan antara tiga parti yang berada dalam kerajaan Pakatan Rakyat supaya tidak merencatkan agenda PAS di negeri ini," katanya kepada pemberita di sini Selasa.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali pada Selasa mengumumkan pelantikan Mohamad Sabu sebagai Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang selepas diputuskan dalam mesyuarat tertinggi PAS Pusat.

Mustafa berkata pelantikan itu sebagai satu 'ubah suai' dalam struktur organisasi PAS negeri berkenaan.

PS: Sama ada diorang suka atau tidak, itu ketetapan yang telah dibuat oleh pemimpin PAS diperingkat atasan. Jadi, tak de ruang dah nak membantah.

Mahu atau tak mahu, diorang terpaksa terima jugak Si Mat Syabun tu sebagai Pesuruhjaya Negeri. Biarpun dia banyak isu - isu peribadi yang belum selesai.

Biarpun Si Mat Syabun tu ada rekod salahlaku moral yang buruk, malah turut dikaitkan dengan fahaman Komunis dan Syiah, ahli PAS tak de kuasa nak membantah. Terima aje la pemimpin yang bukan Hak tu. Alamat jahanam la parti tu tak lama lagi!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping