Terbaca artikel yang ditulis oleh Dr MiM tadi membuatkan SH terfikir, "Adakah isu kenaikkan harga tol disekitar Selangor tu perangkap buat Khalid Ibrahim?"
Jika kita lihat sebelum ini, memang ramai pihak yang tak puas hati dengan Rejim Pakatan pimpinan Si Khalid Ibrahim ni. Mereka terdiri dari pemimpin dalam Pakatan sendiri.
Diawal - awal pelantikan sebagai Menteri Besar, Si Khalid Ibrahim tu sudah menjadi sasaran beberapa pemimpin dalam Pakatan dengan pelbagai kecaman dan dakwaan dibuat.
Ternyata, Rejim pimpinan Khalid tu sengaja dijadikan sebagai 'Kambing Hitam' dan dipersalahkan atas semua keputusan yang dibuat selama hari ini.
Memang ada niat pemimpin dikalangan Pakatan Haramjadah tu nak kerat Si Khalid Ibrahim ni sebenarnya. Perkara itu tidak perlu dinafikan oleh mana - mana pihak.
Kenyataan Rafizi |
Terutama sekali dikalangan pemimpin PKR sendiri. Nak pulak menjelang pemilihan parti mereka tidak lama lagi. Memang diorang nak cantas Si Khalid Ibrahim ni.
Maka, tidak mustahil sekiranya isu berkaitan dengan kenaikkan harga tol ni sebenarnya merupakan satu perangkap untuk menjatuhkan imej Si Khalid Ibrahim tu sendiri.
Adalah menjadi satu yang mustahil buat pemimpin Pakatan seperti Rafizi jika dia kata yang dia tak tau bahawa Rejim Pakatan Selangor ada kepentingan dalam konsesi tol berkaitan.
Dia yang pernah mendedahkan isu berkaitan dengan skandal NFC, tak mungkin tak tahu mengenai kaitan konsesi berkenaan dengan GLC milik Rejim Pakatan Selangor.
Sedangkan cerita dalam kain orang pun dia boleh dedahkan, takkan cerita dalam kain dia sendiri dia tak tahu pulak ye tak? Nampak sangat TEMBERANGnya Si Rafizi tu.
Maka, tidak salah sekiranya ada dikalangan rakyat diperingkat bawahan membuat anggapan bahawa isu berkaitan dengan kenaikkan harga tol tu ada hubungan dengan agenda nak mencantas Si Khalid Ibrahim atas dasar kepentingan Politik. Bukannya kerana rakyat!!!
Hentikanlah fitnah sesungguhnya fitnah itu lebih besar dosanya dari membunuh.Kalau tuhan balas segala perbuatan admin kat dunia ni sebelum admin sempat bertaubat macam mana?? Kita sendiri sedar,selangor maju di bawah pimpinan Tan sri khalid, buat ape nk bersubahat dgn mereka yg menindas bangsa sendiri yang kita tau banyak ketirisan dalam parti.Sekadar ingatan sesama kita.. :)
BalasPadam