Isnin, Disember 09, 2013


Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin yang bersimpati dengan nasib mangsa-mangsa banjir telah menghulurkan bantuan di dua buah pusat pemindahan banjir di Kuantan, Pahang iaitu di Sekolah Menengah Gudang Rasau dan Sekolah Kebangsaan Pandan pada Isnin.

Siti, 34, yang turut ditemani suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa telah menyumbangkan 700 pek barangan makanan dan keperluan asas seperti makanan dalam tin, lampin pakai buang, tuala wanita, ubat gigi, berus gigi dan syampu kepada mangsa di bencana alam berkenaan.

"Alhamdulillah perancangan untuk membantu mangsa banjir terlaksana dan berharap sumbangan kecil itu dapat meringankan beban mereka pada waktu ini.

"Biarpun keadaan sudah beransur pulih namun ramai di antara mereka yang masih belum dapat pulang ke rumah dan bantuan barangan asas amat bermakna buat mereka," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Isnin.

Siti memberitahu sumbangan itu dibuat dengan kerjasama Yayasan Nurjiwa dan syarikat kosmetik miliknya, SimplySiti.

Dalam pada itu Siti berkata, dia bersyukur urusan untuk memberikan bantuan berjalan lancar dengan keadaan banjir semakin pulih dengan cuaca baik.

Siti turut menyeru individu atau pun syarikat korporat terus menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir supaya keadaan mereka lebih selesa dan teratur.

"Alhamdulillah cuaca amat baik pada hari ini (Isnin). Selain menghantar barang bantuan kepada mereka, saya juga sempat beramah mesra dengan mangsa-mangsa banjir yang masih ditempatkan di pusat pemindahan.

Sementara itu, Siti turut memuat naik beberapa keping gambar ketika berada di dua buah kawasan tersebut di laman Instagram miliknya sebaik selesai memberikan sumbangan.

Ps: Apa kata orang tu? Kalau nak pandai bernyanyi, dia suruh ikut Siti Nurhaliza? Tak paham pulak SH dengan pantun orang tu. 

Mungkin SH memang tak pandai berpantun. Jadi, pesan SH buat orang tu, Kalau nak turun melawat orang banjir, tak payah la suruh buat mesyuarat bagai!!! 
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping