Khamis, Disember 19, 2013


Kemungkinan inilah cara baru yang difikirkan 'Halal' bagi puak - puak Pakatan tu untuk berhimpun dan menyambut ketibaan tahun baru 2014. Nak pulak bagi PAS.

Kalau sesiapa yang tak turut serta nanti, dianggap berdosa besar sebab tak berani nak turun 'Berjihad' bak kata Si Husam Musa tu dulu. Kiranya, boleh masuk Neraka wooo!!!

Jika dulu, PAS merupakan diantara entiti yang kuat membantah dan lantang mempersoalkan sebarang acara sambutan, sama ada Tahun Baru atau Merdeka.

Diorang seringkali akan mengeluarkan kenyataan - kenyataan bantahan dengan melabelkan dakwaan yang bukan - bukan. Macam - macam hukum keluar pada waktu itu.

Ada yang kata acara sedemikian hanya menjurus kepada maksiat kerana bercampur lelaki dan wanita. Ada jugak yang kata semua tu Lagho dan menghabiskan masa.

Ada jugak yang kata acara sedemikian 'Khurafat' kerana menyambut acara yang bukan dituntut dalam Islam. Semua itu mereka akan persalahkan kepada Kerajaan.

Dalam masa yang sama, diorang akan buat program ceramah dan forum agama secara terbuka. Bila ceramah atau forum tu kurang sambutan, maka diorang tuduh Kerajaan.

"Sebab adanya acara sambutan maksiat dan lagho tu lah generasi muda kurang hadir dalam program kita malam ini." Itu diantara alasan yang sering kali kita dengar.

Sekarang, ke mana perginya semua tu? Ke mana hilangnya hujah - hujah sedemikian? Hilang ditelan dek kerakusan Kuasa dan Politik berkepentingan. Bukannya untuk rakyat.

Ke mana perginya maksiat yang nak ditegah sebelum ini? Ke mana hilangnya hukum Lagho dan menghabiskan masa tu? Ke mana lesapnya perkataan 'Khurafat'?

Kali ini mereka gunakan alasan 'JIHAD' untuk menghalalkan cara. Mereka mempergunakan 'RAKYAT' demi kepentingan diri mereka sendiri. Pun masih diorang anggap diri diorang suci?

Jelas, PAS hari ini tidak sama dengan PAS yang dulu. PAS hari ini lebih mementingkan POLITIK dari nak menegakkan Islam. PAS hari ini telah jauh menyimpang.

Maka sebab tu la dalam Muktamar yang lepas diorang dengan selamba badak je boleh anjurkan konsert Heavy Metal dengan alasan ianya pendekatan baru untuk anak muda. Semuanya hanya alasan semata - mata. Itu yang orang kata, 'Matlamat Menghalalkan Cara'!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping