Wehien!!! Apa dah jadi ni beb? Ada gerakan secara besar - besaran ke untuk menyingkirkan nama - nama besar dalam Parti Angguk Saja tu? Lepas sorang - sorang jadi mangsa.
Mula - mula hari tu, Si Nizar Lilin jadi mangsa. Nama dia tak lekat lansung jadi Pesuruhjaya Negeri. Kemudian diikuti pulak dengan Si Husam Musa. Pun macam tu jugak.
Dulu Si Husam tu Timbalan Pesuruhjaya I. Sekarang dah turun ke tangga ketiga. Tahan jugak la masih lagi bergelar Timbalan Pesuruhjaya walaupun atas ehsan simpati.
Yang Si Khalid Samad ni pulak, lansung turun jadi Ahli Jawatankuasa biasa je? Lagi teruk beb. Lagi naya dibuatnya. Dari Timbalan Pesuruhjaya I, jadi AJK je?
Pergh!!! Kejam beb. Memang kejam sungguh barisan kepimpinan PAS Selangor yang baru ni. Mungkin diorang ni tak kenal lagi dengan Si Khalid Samad tu kot.
Diorang tak tau ke yang Si Khalid Samad tu mudah merajuk? Tengok masa Datuk Dr. Hassan Ali hari tu pun dah cukup dah. Pun masih diorang tak mampu belajar lagi?
Masa Datuk Hassan Ali jadi Pesuruhjaya dulu, Si Khalid Samad ni tak dapat naik jadi Timbalan Pesuruhjaya. Maka dia meroyan tak tentu arah.
Macam - macam cara dia buat pada masa tu untuk menjatuhkan imej dan nama baik Datuk Dr. Hassan Ali. Macam - macam tuduhan yang dia buat pada ketika itu.
Habis semua benda yang Datuk Dr. Hassan Ali usahakan demi menegakkan Islam di Selangor mendapat tentangan yang hebat dari Khalid Samad.
Nak haramkan penjualan arak dikawasan majoriti Melayu, ditentang oleh Si Khalid Samad. Nak halang muslim bekerja di premis menjual arak, pun ditentang oleh Khalid Samad.
Kali ini, apa pulak yang akan Khalid Samad lakukan terhadap Pesuruhjaya PAS Selangor yang baru tu? Adakah dia akan terus menjadi duri dalam daging sepertimana yang pernah dilakukan dulu? Korang tunggu dan lihat je nanti!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.