Selasa, Disember 10, 2013


Masa depan dan status Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir Datuk Mohd Salleh Man sebagai Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang dijangka akan diputuskan dalam mesyuarat PAS Pusat pada 17 Disember ini, kata naib presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Jelas beliau, parti itu perlu mendapatkan lebih banyak maklumat daripada PAS kawasan Pulau Pinang mengenai status pesuruhjaya negeri.
"Parti perlu dapat maklum balas daripada kawasan di Pulau Pinang dan tinjauan perlu dibuat di sana untuk kita menambahbaik apa yang ada di sana.
"Kita bukan tolak Salleh Man buat masa ini cuma kita meninjau beberapa tokoh lain yang kita boleh buat keputusan," katanya kepada Antarapos.
Bagaimanapun Tuan Ibrahim menjelaskan keputusan itu akan dibuat dalam mesyuarat bulanan jawatankuasa kerja PAS Pusat pada 17 Disember nanti.
"Jadi parti tak buat keputusan lagi, kita tangguh dulu...mesyuarat akan datang pada 17 Disember ini," jawabnya.
Mesyuarat pertama jawatankuasa kerja PAS Pusat pada 2 Disember lalu bagi menentukan ahli jawatankuasa lantikan selain turut mengumumkan 13 pesuruhjaya di setiap negeri, menyaksikan empat muka baru sebagai peneraju.

Bagaimanapun pelantikan penolong setiausaha agung dan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang yang kini disandang Mohd Salleh sejak 2007 belum dibuat dan hanya akan diputuskan pada 17 Disember nanti.

Bagaimanapun usaha Antarapos mendapatkan respons Mohd Salleh mengenai perkara itu belum berhasil.
Categories: , ,

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping