Selasa, Disember 10, 2013


Dikala ini, bencana melanda rakyat di sekitar daerah Kuantan. Semuanya merupakan Ketentuan Allah jua buat umat manusia sebagai satu ujian.

Diwaktu inilah, Allah mahu menguji sejauh mana manusia itu mampu bersabar dan redha dengan ketentuan yang telah ditetapkan oleh Yang Maha Esa.

Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui. Waktu inilah kita hendak melihat sejauh mana manusia dapat saling berganding bahu membantu tanpa mengira latar belakang masing - masing.

Disaat ini juga, kita dapat lihat ramai anak - anak muda serta orang luar datang berpusu - pusu menghulurkan bantuan tanpa henti - henti biar pun diorang tak kenal antara satu dengan yang lain.

Pada ketika ini juga, kita dapat lihat betapa zuhudnya keluarga DiRaja yang sanggup menyinsing lengan baju bertungkus lumus membantu meringankan beban rakyat jelata.

Malangnya, pada saat itu juga, ada yang suka mengambil kesempatan diatas kesempitan orang lain demi meraih sokongan atas dasar kepentingan peribadi sendiri.

Dalam ruang yang sempit ini, tatkala semua orang berduyun - duyun datang memberikan bantuan tanpa mengenal erti penat lelah, ada pulak yang kerjanya dok mengadu domba.

Seawal bencana tiba, datang pulak Si Fuziah tu meroyan dalam sidang Parlimen membuat tuduhan dan dakwaan yang bukan - bukan sedangkan dia sendiri pun tak jejak kaki ke kawasan bencana.

Belum pun dia lihat dengan mata kepala dia sendiri, dia dah boleh buat andaian yang bukan - bukan tanpa merujuk kepada mana - mana pihak terlebih dahulu.

Jelas, kita dapat lihat sejauh mana peribadi pemimpin puak - puak Pakatan Haramjadah ni sehingga ianya mampu membuka mata kita seluas - luasnya.

Ingat! Orang pertama yang mempertikaikan mengenai isu bencana di Kuantan ni tidak lain dan tidak bukan ialah Si Fuziah tu sendiri. Padahal, orang lain buat kerja tanpa mengira latar belakang Politik masing - masing.

Tapi, disebabkan wujudnya manusia macam Si Fuziah tu, maka pelbagai persepsi buruk telah dilemparkan dan masih berterusan sehingga ke saat ini.

Tak kurang juga, ada dikalangan mereka yang menggunakan kesempatan ini untuk menjual nama atas dasar kepentingan sendiri. Bukannya diorang nak membantu sangat pun.

Jadi, sewajarnya ianya menjadi persoalan kepada diri kita sendiri. Layak ke orang seperti itu yang nak diangkat untuk menjadi pemimpin? Layak ke dia dipilih untuk menjadi wakil kepada rakyat? Korang fikir la sendiri!!! Jangan menyesal dikemudian hari sudah la!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping