Selasa, Disember 03, 2013


WANITA yang dikaitkan mempunyai skandal dengan Adi Putra akhirnya mengakui pernah berkongsi gambar yang "sangat peribadi" dengan pelakon itu.

Nooraida Abdul Mutalib memberikan penjelasan panjang lebar berhubung perkara itu menerusi ruang hiburan Bipop.

Menurut Nooraida, pada mulanya dia menyangka hubungannya dan Adi Putra hanya sekadar main-main dan pelakon kacak itu hanya mahu 'test market', namun akhirnya terjebak dalam hubungan itu.

Sikap romantis Adi Putra membuatkan dia sebagai peminat menjadi teruja. Apatah lagi apabila Adi Putra menyatakan dirinya sedang mencari calon isteri.

Perkenalan awal menerusi Instagram itu berlarutan kepada InstaMessage dan WhatsApp.

"Dalam Instagram, ada gambar saya, suami dan anak. Walaupun Adi tahu status saya sebagai isteri orang, namun dia masih mahu berhubung dengan saya.

"Saya anggap mungkin dia main-main saja atau sekadar nak test market. Menerusi WhatsApp pula, Adi ada mengatakan dia sedang mencari calon isteri dan nak anak sendiri. Sebagai peminat fanatik, saya berasa teruja. Itulah sebab mengapa saya masih melayannya dan terus terjebak dalam perhubungan ini," ujarnya.

Malah Nooraidah mengakui, Adi Putra pandai menggoda sehingga dia menyerahkan gambar peribadinya.

“Adi pula pandai memujuk dan romantik orangnya, jadi saya terjebak untuk melayan. Saya akui, bukan alim dan tak kuat iman. Adi pula nampaknya lebih berminat berbual perkara amat peribadi, selain bertukar gambar yang sangat peribadi," ujarnya lagi.
Categories:

2 ulasan:

  1. So Adi Putra.....mana mahu tarok lu punya muka???? Lu punya pasangan golap sudah mengaku.....kome,komen....

    BalasPadam
  2. Dah berstatus isteri pun masih gatal melayan lelaki lain. Yg pertama yg harus dipersalahkan ialah siperempuan ini. Taksub sangat dgn pelakon dan terperasan diri bila dilayan sehingga lupa diri dah berkeluarga. Bila kisah diri dah terbongkar mulalah nak salahkan Adi. Andai kata sisuami tak dpt hidu kisah ini, tak tau la apa pulak yg terjadi...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping