Memang itulah hakikatnya dengan puak - puak Parti Angguk Saja ni. Diorang ni sebenarnya dah terlalu tandus dengan kepimpinan muda sehingga terpaksa pakai 'barang kitar semula'.
Biar pun sebelum ini perwakilan dah 'buang' pemimpin tu, tapi dek sebab nak 'Menjaga Hati' punya pasal, terpaksa jugak la diorang lantik orang yang sama pegang jawatan.
Kesimpulannya cukup mudah untuk kita lihat sendiri. Pertama, PAS ni memang tandus dalam bab kepimpinan. Perkara tu memang kita sendiri pun dapat lihat dengan jelas.
Biar pun orang tu ada masalah salahlaku moral yang nyata, tapi orang tu jugak yang diangkat untuk menjaga amanah. Orang yang setakat LULUS SRP jugak pegang jawatan penting.
Jadi, memang sah la yang PAS ni mengamalkan dasar 'Memberi kuasa kepada mereka yang bukan Hak' seperti mana yang ditegah dalam Islam. Pun diorang masih tak nak mengaku lagi?
Yang keduanya, PAS bukan benar - benar nak berjuang untuk rakyat. Jauh sekali diorang nak memperjuangkan 'suara' perwakilan yang mewakili ahli diperingkat akar umbi.
Sebaliknya, diorang hanya berjuang untuk kepentingan individu tertentu je. Jika tidak, kenapa pulak diorang nak kutip 'sampah' yang dah dibuang oleh perwakilan sebelum ini?
Dah jelas perwakilan tak nak orang tu ada dalam barisan kepimpinan. Perkara tu dah jelas dalam Muktamar yang diadakan sebelum ini. Tapi yang diorang nak jugak kutip pasal apa!!! Kan nampak sangat PAS ni memang tak de pemimpin yang lebih berkaliber untuk memperjuangkan Islam!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.