Mungkin Datin Seri Rosmah bukan isteri Perdana Menteri yang mengikut acuan biasa, tapi tak perlulah melampau sangat baik pihak pembangkang atau pihak tertentu dalam UMNO.
Kalau nak tegur atau kritik pun, berpatut-patutlah. Bukan dia yang berkuasa dan memegang kuasa. Bukan dia yang rakyat dan Sultan atau Agong kasi kuasa. Malah dia pun tak diberi kuasa.
Maka dalam Dato Kadir Jasin menyindir, fikir-fikir ada betul disebut ABITW di SINI. Baik berilah dia kuasa supaya dia boleh bertanggungjawab dan jawab sendiri tuduhan terhadapnya. Takde lagi orang komplen pasal dia masuk media selalu.
Sebenarnya pembangkang hanya nak hentam UMNO dan BN dengan menjadikan Rosmah sebagai sasaran. Sedikit salahnya akan diperbesarkan. Fitnah dan pelbagaian tomahan direka terhadapnya.
Hingga Dato Najib jelaskan sedikit pasal Rosmah di PAU jadi isu politik. Ada pihak kata tak perlu dan melampau. Dalam mereka menyerang, sudahkah mereka ambil kira semua aspek?
Anwar Ibrahim ketika jadi Timbalan President UMNO pun memuji isteri di PAU. Kenapa tiada yang hentam dia?
Malah pasal puji isteri, Anwar bukan saja masa dalam UMNO tapi masa ketika dalam ceramah atau Konvensyen PKR pun selalu bergurau mesra dan memuji isteri. Awat penyokong PKR dan Pakatan tak tibai?
Anwar Ibrahim ketika jadi Timbalan President UMNO pun memuji isteri di PAU. Kenapa tiada yang hentam dia?
Malah pasal puji isteri, Anwar bukan saja masa dalam UMNO tapi masa ketika dalam ceramah atau Konvensyen PKR pun selalu bergurau mesra dan memuji isteri. Awat penyokong PKR dan Pakatan tak tibai?
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.