Hah!!! Kalau rasa - rasa diri tu terlibat, jangan buat - buat tak tau pulak dengan amaran dari pihak Polis ni. Jangan buat - buat tak nak mengaku pulak.
Masa malam Hari Natal hari tu, bukan main syok lagi diorang sembur kereta Polis dengan spray buih tu. Lepas tu siap baling pulak tin spray tu pada kereta Polis.
Sekarang, mana lu orang mau lari!!! Baik lu orang serah diri cepat sebelum Polis datang rembat. Kalau lambat, naya woo!!! Lain kali, mau bikin kecoh pikir pakai Kepala Otak sikit, jangan ikut sangat Kepala Lutut!!! Sendiri cari penyakit, sendiri tanggung la!!!
KUANTAN - Pihak polis meminta individu yang merosakkan kenderaan polis di Teluk Cempedak di sini pada Selasa lepas agar menyerah diri.Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff berkata, gambar mereka yang sedang melakukan jenayah itu telah tersiar dalam beberapa akhbar."Kesemua individu terbabit dinasihatkan supaya menyerah diri secara sukarela di IPD Kuantan sebelum pihak polis bertindak mengesan mereka," katanya.Sekumpulan remaja yang dipercayai berkumpul untuk meraikan sambutan malam Krismas telah bertindak liar dengan melakukan khianat ke atas kenderaan awam termasuk sebuah kereta peronda polis yang berada di Pantai Teluk Cempedak.Tiga daripada mereka telah dihadapkan ke Mahkamah Jumaat lepas.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.