Hah!!! Terkejut jugak SH bila dengar cerita ni. Rasanya, cerita ni tak de lagi keluar kat dalam mana - mana media. Maka sebab itu SH nak mengajukan persoalan diatas.
Ini cerita dari salah seorang ahli UMNO merangkap pemimpin UMNO diperingkat Bahagian yang mana dia juga merupakan seorang Peneroka Felda. Cerita dia cukup merisaukan kita.
Sebelum ini, kita cuma dengar cerita pasal FGV ambik alih Felda Holdings. Tapi kita tak tau pulak yang FGV turut mengambil alih 11 syarikat yang ada kaitan dengan KPF.
Selama hari ini, KPF mendapat keuntungan dan mengagihkan dividen kepada Peneroka melalui 11 buah syarikat ni. Tapi bila dah FGV ambik alih, mana KPF nak cari sumber lagi?
Masalahnya timbul ialah apabila FGV mengambil tindakan tersebut secara senyap - senyap dan tidak dimaklumkan kepada mereka yang berkenaan. Maka mula la orang berasa curiga.
Itu yang merisaukan sahabat SH masa dia bercerita pasal isu tersebut baru- baru ni. Dia risau KPF tak mampu nak bagi dividen seperti mana yang dibuat sebelum ini.
Apa yang lebih merisaukan dia ialah apabila isu tersebut dijadikan modal Politik oleh puak - puak Pakatan Haramjadah tu. Jika ianya berlaku, maka susah la kita nak jelaskannya.
Isu tersebut, kata sahabat SH mula mendapat perhatian sesetengah peneroka yang peka dengan perkembangan semasa. Dan mereka ini jugak terdiri dari kalangan penyokong UMNO.
Yang diorang risaunya, jika isu tersebut mula dijaja oleh puak - puak Pakatan Haramjadah tu, maka susah untuk kita mengekalkan sokongan peneroka kepada Kerajaan.
Inilah masalah kita sebenarnya. Kita ni kurang diberikan maklumat yang betul sebelum sesuatu perkara itu nak dilaksanakan sehingga tahap kronik, baru la nak ambik tindakan.
Zaman kita nak buat tindakan tanpa memaklumkan kepada rakyat ni dah lama berlalu. Jadi, tak payah la susah - susahkan diri nak sorok - sorok dengan rakyat. Akhirnya diorang tau jugak.
Sepatutnya, sebarang tindakan yang kita nak ambik dimaklumkan dulu melalui penerangan dan penjelasan yang sewajarnya. Bukannya kita dah ambik tindakan baru kita nak jelaskan.
Masa kita nak jelaskan isu yang dibangkitkan dah terlambat apabila puak - puak Penyangak macam Pakatan Haramjadah tu mula menjaja cerita yang bukan - bukan.
Maka, adalah disarankan kepada pihak yang bertanggungjawab supaya menjelaskan isu ini dan membuat sesi penerangan yang sewajarnya kepada Peneroka supaya diorang sendiri boleh terima. Jangan nanti dah terantuk baru nak terngadah pulak!!!
huhu makan kuah laaaa
BalasPadamTq sdr Semut Hitam atas pendedahan ini. kalau nak tahu inilah akibat nasihat-nasihat tak betul dari punahsihat dan punaisihat yang terdapat dalam Unit Seranta Felda, JPM. Mereka yang bertanggungjawab bagi idea-idea bodoh dalam makmal-makmal mee segera yang ditubuhkan di kelab-kelab golf dan hotel-hotel mewah untuk retreat konon.
BalasPadamRamai di kalangan mereka pegawai baru dan kontrak yang seharian kerjanya mengampu para bos-bos mereka dan memberikan maklumat salah terhadap PM sepertimana PEMANDU. Perangai berlagak sombong dan angkuh tak suka dikritik dan tak mau dengar nasihat orang di bawahan. Yang terima nama buruk nanti adalah PM, Kerajaan dan UMNO sendiri. Hujung-hujung mereka akan undi fuckatan...dasar musang berbulu ayam.