Selasa, Disember 31, 2013


Sebanyak 71 seksyen kesalahan jenayah syariah telahpun dikuatkuasakan di bawah enakmen baharu iaitu Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 2013 bermula 1 Dis lepas.

Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan berkata perkara itu diperkenan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah pada 25 Okt lepas.

"Sebelum ini kesalahan jenayah syariah terletak di bawah Enakmen Pentadbiran Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang 1982," katanya kepada pemberita di sini. Beliau berkata dalam 71 seksyen di bawah enakmen itu terdapat dua seksyen tambahan.

"Dua Seksyen tambahan itu ialah Seksyen 13 iaitu berhubung dengan kesucian agama Islam dan institusinya, termasuk kesalahan menghina atau mengingkari Sultan serta agensi agama yang bernaung di bawahnya.

"Jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya," katanya.

Wan Abdul Wahid berkata satu lagi seksyen tambahan ialah Seksyen 33 dan 34 iaitu berkaitan lelaki berlagak (berkelakuan) seperti perempuan dan perempuan berlagak seperti lelaki di mana-mana tempat awam atas tujuan tidak berakhlak.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh didenda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya.

Beliau juga berkata penguatkuasaan enakmen baharu itu turut membabitkan beberapa tambahan dari segi jumlah denda.
Categories:

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping