Hah!!! Sekarang bom sudah jumpa ma. Kat dalam kawasan diorang sendiri pulak tu. Apa lagi alasan yang diorang boleh berikan untuk melepaskan diri selepas ni gamaknya ye?
PASTI salah satu alasan yang akan diberikan diorang tak de kaitan dengan lelaki tersebut. Jadi, pihak berkenaan kena semak. Tengok lelaki tu dari parti mana. Kalau dari kalangan diorang jugak, memang sah la diorang memang ada agenda jahat nak buat huru hara!!!
Polis Selangor mendedahkan penemuan satu bom buatan sendiri dari seorang lelaki di Tasik Permai, dekat Ampang, kira-kira jam 10.30 pagi, Ahad lalu.Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abd Rahim Jaafar berkata, bom itu ditemui ketika anggotanya memeriksa lelaki terbabit yang dilihat dalam keadaan mencurigakan."Sebelum ditahan, suspek lelaki berusia 46 tahun itu dilihat mencurigakan dan tidak berhenti ketika diminta berbuat demikian oleh anggota polis yang sedang membuat rondaan di kawasan itu."Polis merampas satu objek jenis paip PVC dan mempunyai sumbu bersama mercun botol disyaki bahan letupan buatan sendiri serta dua telefon bimbit milik suspek," katanya pada sidang media di sini, hari ini.Dalam satu kes berasingan, polis Selangor turut merampas 56 helai baju T yang mempunyai unsur hasutan dalam satu serbuan di Seri Kembangan, awal pagi semalam.Sehubungan dengan rampasan itu, polis turut menahan seorang lelaki berusia 37 tahun, sebelum melepaskan lelaki yang bekerja sendiri itu selepas keterangannya dirakamkan.Bagi kes pertama, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 manakala bagi kes kedua, kes disiasat mengikut Seksyen 124C Kanun Keseksaan.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.