Nampak gayanya, sikap suka menunding jari dikalangan rakyat Malaysia ni masih lagi kuat dan menebal. Masing - masing masih lagi suka mempertikaikan tindakan orang lain.
Yang paling banyak dipertikaikan ialah Kelab Putera 1Malaysia yang selama ini diketuai oleh Datuk Azeez Rahim. Macam - macam cerita buruk orang buat pasal dia.
Diantara yang paling hangat diperkatakan dalam laman media sosial ialah mengenai misi bantuan kemanusiaan yang dihantar ke luar Negara oleh Datuk Azeez.
Kata mereka, Datuk Azeez ni lebih mendahulukan orang luar dari orang di Negara sendiri. Bila rakyat di Malaysia menghadapi bencana, tak nak pulak dia tunjuk muka.
"Mana perginya orang yang suka sangat bantu rakyat diluar Negara tu? Kenapa bila tiba bencana di Negara sendiri dia tak nak bantu? Batang hidung dia pun tak nampak."
Itu merupakan diantara ayat - ayat cemuhan yang menjadi bahan sebaran dikalangan beberapa pihak yang tak bertanggungjawab. Diorang ni bercakap ikut emosi sendiri.
Nak harapkan diorang ni cari fakta yang tepat, jangan harap la! Diorang lebih suka buat persepsi dan menyebarkan spekulasi tanpa merujuk kepada fakta yang tepat.
Hakikatnya, Datuk Azeez dan rakan - rakannya sudah pun menggerakkan bantuan mangsa banjir sejak hari Selasa yang lalu dengan menghantar 11 treler barang keperluan harian.
Tu termasuk makanan, selimut, bantal, tilam dan sebagainya. Barang kelengkapan itulah yang mula - mula sampai ke pusat pemindahan mangsa banjir disekitar Kuantan.
Pada ketika itu, JKM pun masih tak sempat nak beli barang dan hantar ke pusat pemindahan sementara sebab kekurangan stok. Pun orang masih kata Datuk Azeez tak bantu lagi?
Aduyai!!! Buta gamkanya mata diorang ni. Bak kata seorang sahabat SH bila isu itu dibangkitkan sebelum ini, "Mungkin diorang tak kenal siapa Datuk Azeez Rahim ni kot. Yang diorang kenal Azeez Putra. Siapa yang kenal siapa Azeez Rahim!!!"
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.